Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, August 23, 2012

Formula 3 Euro Series : Jazeman raih hadiah hari raya di Nürburgring


Jazeman raih hadiah hari raya di Nürburgring

JAZEMAN menduduki tempat ketiga pada F3 Euro Series di Nürburgring, Jerman minggu lalu.


JAZEMAN Jaafar mempamerkan aksi cemerlang dengan kejayaan menduduki tangga ketiga pada perlumbaan pusingan kelima Formula 3 Euro Series yang berlangsung di Nürburgring, Jerman hujung minggu lalu.
Beraksi atas tiket jemputan, pelumba muda berbakat Malaysia itu menamatkan perlumbaan pertama di tempat kelima dan tempat ketujuh pada perlumbaan dua sebelum menamatkan perlumbaan ketiga dengan kemenangan podium.
Jazeman terbang ke Jerman untuk menyertai perlumbaan di Nürburgring bagi memastikan dirinya kekal cergas sebelum kembali menyertai F3 Britain yang berhenti rehat selama lima minggu sebelum pusingan berikutnya berlangsung di Silverstone, September depan.
Pelumba muda ini menggunakan peluang menyertai F3 Euro Series sebagai medan untuk menimba pengala- man bersaing dengan pelumba-pelumba lain di samping menerima pendedahan dengan suasana perlumbaan yang berbeza.
Pelumba daripada Program Bakat Petronas ini tampil agak konsisten dan sentiasa berada dalam kelompok 10 pelumba hadapan bermula daripada sesi latihan bebas sehingga ke pusingan kelayakan.
Pada perlumbaan pertama yang berlangsung pada pagi Sabtu lalu, Jazeman bermula baik apabila berada di kedu- dukan kelima seawal pusingan pertama.
Jazeman turut mengetepikan saingan pelumba handalan F3 Euro Series, Raffaele Marciello.
Pada perlumbaan kedua, Jazeman yang bermula di petak keempat gagal untuk meraih kedudukan tiga teratas, namun aksinya harus dipuji apabila mampu mengatasi pendahulu keseluruhan F3 Euro Series, Daniel Juncadella.
Saingan perlumbaan terakhir pada hari Ahad lebih getir apabila menyaksikan beberapa perlanggaran berlaku sepanjang perlumbaan.
Jazeman yang berjaya mengelak daripada insiden perlanggaran, menggunakan kemahirannya untuk meletakkan dirinya di kedudukan ketiga.
Walaupun dicabar hebat, Jazeman berjaya mempertahankan kedudukannya daripada dipintas pelumba lain sehingga ke garisan penamat.
Mengulas mengenai pencapaiannya, Jazeman berkata: "Prestasi saya agak baik cuma saya masih gagal untuk memberikan saingan secukupnya pada dua perlumbaan awal.
"Suasana perlumbaan ketiga agak berbeza. Banyak kemalangan berlaku dan saya menggunakan kesempatan tersebut untuk merebut kedudukan ketiga."
Kejayaan menaiki podium menjadi kenangan cukup indah buat Jazeman yang terpaksa mengorbankan Aidilfitri demi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelumba berwibawa.

No comments: