Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, August 22, 2012

PDK Selayang : TA Global bawa Iftar Ramadhan ke PDK Selayang

TA Global sebuah konglomerat dalam bidang sekuriti (saham) dan hartanah, telah sudi membawa dan menaja Iftar Ramadhan pada 26 Ramadhan 1433H ke PK Selayang/15hb Ogos 2012.

Dimulakan dengan Persembahan Nasyid

Diikuti oleh persembahan perkusi

Program ini adalah sebagai menyahut surat ang dihantar oleh PDK Selayang ke TA Global menjemput mereka untuk mengadakan Iftar Ramadhan di PDK Selayang.

Encik Ernest Yeap, TA Global's Director of Business Development 

TA Global dengan diketuai oleh Encik Ernest Yeap bersama dengan 30 orang kakitangannya telah tiba di PDK Selayang seawal 5:00 petang, telah beramah mesra dengan warga PDK Selayang yang juga telah hadir seawal 4:00 ptang untuk bersam-sama meraikan majlis tersebut.

Kakitangan TA Global beramah mesra dengan warga PDK Selayang

Seramai 30 orang Pelatih OKU, 20 anak yatim dan 20 kanak-kanak kurang bernasib baik hadir pada petang tersebut, disamping 7 orang Pelatih OKU dari PDK Rawang dan 7 orang lagi dari PDK Hulu Kelang.

Kakitangan TA Global beramah mesra dengan warga PDK Selayang


Majlis bermula pada jam 6:00 petang dengan persembahan nasyid dari Petugas-Petugas PDK Selayang. PDK Rawang dan PDK Hulu Kelang serta 3 orang pelajar praktikal dari USM Pulau Pinang termasuk beberapa Pelatih PDK.

Selepas itu persembahan perkusi oleh Pelatih PDKyang akan dibawa ke 1st CBR World Congress di Agra, India pada 26-28hb November tahun ini.

Kemudian, Encik Ernest Yeap selaku wakil penganjur menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh ucapan teima kasih dari pehak PDK Selayang yang disampaikan oleh Naib Pengerusi II PDK Selayang iaitu Encik Mohd Yusof Tawil.

Sebelum merasmikan papan tanda

Acara seterusnya selepas itu ialah merasmikan dan memperkenalkan papan tanda PDK Selayang yang ditaja oleh TA Global dan akan dipasang di hadapan PDK Selayang untuk memudahkan masyarakat mengetahui lokasi PDK Selayang.


Encik Ernest Yeap melaksanakan acara perasmian papantanda PDK Selayang
sambil disaksikan oleh Encik Mohd Yusof

Encik Ernest Yeap dan Encik Mohd Yusof Tawil

Kemudiannya, kakitangan TA Global bergotong-royong menyediakan makanan untuk semua OKU dan kanak-kanak yang hadir dan bersama-sama menikmati iftar bermula jam 7:26.



Bergotong-royong menghidangkan makanan

Selepas tamat Solat Maghrib, pada jam 8:15 malam pula diadakan acara penyampaian sumbangan goodies bags kepada semua kakitangan PDK Selayang.











Kemudian diikuti pula acara penyampaian sumbangan bahan-bahan makanan kepada PDK Selayang.


Sumbangan untuk PDK Selayang
Jawatankuasa dan warga PDK Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada TA Global yang sudi menaja Iftar Ramadhan tersebut dan sumbangan kepada Kakitangan dan PDK Selayang.

Antara Kakitangan PDK Selayang

Antara Kakitangan TA Global yang turut hadir
Diharap kerjasama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

Terima Kasih Daun Keladi
Kalau Boleh Nak Lagi
Naik Lori Naik Bas
Tak Tau Macamana Nak Balas

No comments: