Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, October 9, 2011

Melaka Mesra OKU, warga emas VS "Universal Design"

p/s 1: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepatutnya menjadi penasihat dalam pembinaan bangunan baru di Melaka.

p/s 2: JKM sepatutnya memperkenalkan konsep baru binaan iaitu "UNIVERSAL DESIGN' dan bukan lagi konsep mesra OKU yangbtelah 30 tahun ketinggalan zaman. Universal Design bukan sahaja boleh digunakan oleh OKU, bahkan boleh digunakan oleh warga emas, wanita mengandung bahkan kanak-kanak.

MELAKA: Kerajaan negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan kajian berkaitan pembinaan bangunan baru yang mensyaratkan kemudahan bagi orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Norpipah Abdol berkata, perkara itu menjadi satu syarat mesti dipatuhi pemaju yang ingin membina bangunan baru.

“Ia dibawa pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi kelulusan selepas kajian dilaksanakan.

“Kajian meliputi bangunan jabatan kerajaan dan swasta sedia ada serta pembinaan bangunan baru,” katanya.

Menurut Norpipah, antara keutamaan yang perlu ada ialah laluan khas serta tandas bagi OKU selain membuat penambahbaikan kepada premis yang menyediakan keperluan asas.

Dalam pada itu, beliau berharap, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan daerah dapat mengedarkan borang bagi mendaftarkan golongan warga emas berusia hampir atau melepasi 100 tahun di seluruh negeri selain merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ini memudahkan kita menyalurkan insentif kepada mereka selain menyelami rahsia kehidupan mereka yang dapat bertahan untuk digunakan masyarakat pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Norpipah menyeru PBT, pemaju perumahan, pengurusan pusat beli-belah, premis hiburan, kedai makan, tempat ibadat dan pengusaha pengangkutan awam supaya terus melaksana serta meningkatkan keperluan dan kemudahan sedia ada di premis mereka supaya lebih mesra warga emas.

“Ia sebagai persediaan awal dalam menghadapi penuaan penduduk di Malaysia amnya dan Melaka khasnya yang mana akan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan sosial,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri 2011 di Rumah Seri Kenangan (RSK) di sini.

2 comments:

eelobor said...

ada dengar apa2 tak dalam bajet 2012 yang menyentuh pasal2 kebajikan selain warga emas di kecualikan bayaran di hospital?

TMYZ said...

Takat hari nih belum dengar apa2, kecuali yang tuh je..........

dengar khabar dari epu....

loan dengan bank dunia dah sampai 140B,

ialah...... untuk kesejahteraan rakyat hari nih....

untuk ditanggung sengsara membayar hutang ngan bank dunia oleh rakyat hari esok......????

TAKUT JADI MACAM GREECE JEh!.......

>>>>>MUFLIS<<<<<<