Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, October 17, 2011

Lelaki 52 tahun tewaskan petinju berumur 30 tahun

p/s : Juara yang tak perlu dibikin.


AKSI Dewey Bozella (kiri) menentang John Hopkins di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Seorang petinju berusia 52 tahun yang dipenjarakan selama 26 tahun di atas kesalahan yang tidak dilakukannya, Dewey Bozella menang buat pertama kali dalam perlawanan tinju profesional di sini kelmarin.

Bozella menewaskan lawannya, John Hopkins yang berusia 30 tahun dalam perlawanan tinju profesional yang pertama disertainya. Dia diumumkan pemenang selepas empat pusingan perlawanan.

Sebelum ini, dia dipenjarakan selama 26 tahun di penjara Sing Sing, New York di atas kesalahan membunuh dengan kejam seorang wanita berusia 92 tahun.

Bagaimanapun, kesalahan itu digugurkan selepas satu salinan fail mengenai kes tersebut yang diperoleh oleh firma guaman yang mewakili Bozella mendapati saksi-saksi pendakwaan telah menipu dan seorang lagi suspek telah mengaku melakukan jenayah tersebut.

Penemuan itu menyebabkan kesalahan tersebut digugurkan pada Oktober 2009.

Dia dipenjarakan semasa berumur 18 tahun dan dia didapati bersalah membunuh wanita tersebut tujuh tahun selepas ditangkap.

Semasa dipenjara, Bozella merupakan seorang juara tinju light-heavyweight. Bozella juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang petinju.

Petinju legenda, Bernard Hopkins yang mendengar kisah Bozella telah menawarkan peluang untuk dia bertinju dengan Hopkins kelmarin.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga menelefonnya dan memberikan ucap selamat kepadanya sebelum pertandingan tersebut bermula.

No comments: