Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, June 12, 2011

Taman Hana Wadi Hussain : Tempat Unik untuk Berehat, Beribadah, Bermuhasabah, Bermotivasi

Taman Hana Wadi Hussain


nampak macam biasa, cuba datang sendiri

Begitulah nama yang diberikan kepada tempat yang agak unik ini.

Wadi bermakna kampung atau kawasan kecil yang dihuni, sementara Hussain adalah nama tuanpunya wadi ini.


surau

Hana, penulis tidak sempat bertanya apakah makna dan maksudnya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, siapakah Hussain ini.

Mungkin apabila diberitahu atau tahu sahaja siapakah Hussain ini, terus tidak akan berminat lagi dan mungkin ada yang tidak akan suka akan beliau.

Tetapi, tak mengapa, penulis hanya ingin memberitahu kepada yang nak tahu, pada yang tak nak tahu, boleh terus membaca, percuma saja, tak kena caj.

Penulis rasa ramai yang kenal Syed Hussain Al-Attas, penulis dan pengkritik politik yang cukup lantang menulis, membelasah dan menelanjangkan apa jua kemelut atau hal-hal politik yang ramai tidak tahu.

Itulah sang punya nama bagi wadi bertuah ini.

Penulis ada membaca dan menyimpan beberapa buku yang ditulis oleh beliau, seingat penulis antara yang teruk 'terkena' oleh beliau ialah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Lebih dari 30 buah buku mengenai Tun ditulis semasa Tun sebagai Perdana Menteri, mungkin dalam 35 buah buku seingat penulis.

sungai yang amat jernih di belakang wadi ini
 Ini kali kedua penulis menjejak kaki ke wadi ini kali pertama dalan tahun 2001 dan sepuluh tahun kemudian pada 7hb Jun 2011, selepas 10 tahun ada banyak perubahan yang berlaku, yang tidak dapat ditulis disini.

tak payah nak lari-lari, terjun tiruk je pun dah sampai ke sungai
(AWAS, jangan lakukan aksi ini, takde insuran nak cover
Sebaik menjejak kaki ke wadi ini bersama dengan Encik Shahrin Hamid, Puan Roseniwati, kedua-duanya dari FR Management & Consultancy, Puchong dan Encik Mohd Shah Rizal salah seorang Petugas PDK Selayang, penulis masih lagi terpegun melihat keindahan binaan, rekaan dan susunatur wadi ini, cukup menarik perhatian.
Penulis rasa, jika terus menulis akan mengurangkan ummmmph mengenai wadi ini, oleh yang demikian penulis berikan foto-foto yang penulis ambil pada hari tersebut. Sekeping gambar mencerminkan seribu perkataan, bayangkan kalau 20 keping foto, sebulan tak habis menulis, nah!!!


berwudhu', percuma, anugerah Ilahi
 Lihat dan tulis sendiri dalam minda apabila melihat koleksi foto ini:

Juga koleksi fauna dan flora, fauna!!!?

















speceis terancam
(sebab, cuma ada sekor je cam die nih)



2 comments:

khalidah afirah mohd khalid said...

salam...saya nak tanya macam nak dptkan ctc utk pergi ke wadi hussein ni..harap boleh membantu

Mohd Yusof Tawil said...

1stly, mohon maaf, sbb x terperasan ada komen,

2ndly, Tuan tanah jarang terima tetamu secara terus kecuali dari/oleh orang yang memang telah dikenalinya dan telah dibenarkan memanggil gelaran popularnya 'abah'.

3rdly, cara terbaik 'drive thru' ke Taman Hana Wadi Hussain, tapi ingat kena park kereta dekat simpang masuk, kalau ada rezeki jika dia ada disitu dia akan sambut kalau tiada, mungkin hanya pekerja sahaja yang ada.

Peringatan:
Jangan ambil apa2 foto sebelum dapat kebenarannya.