Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, June 11, 2011

Rakyat Malaysia BUANG 930 tan makanan sehari

MEMERANJATKAN!..............

Tak aeihh!..........
Tak pun................

MEMANG DAH RAKYAT MALAYSIA SUKA MEMBAZIR.................

MEMANG DAH RAKYAT MALAYSIA SUKA BUANG MAKANAN..............

mungkin boleh kata orang MELAYU menghuni tempat teratas CARTA PEMBAZIRAN MAKANAN KOTTTTTTTT!!!!

bak kata pepatah

bagi PIRING nak PINGGAN

bagi PINGGAN nak DULANG

bagi DULANG nak KAWAH




jumlah makanan yang dibazirkan dalam sehari bersamaan dengan 93,000 kampit beras 10KG

Senario ini kerap berlaku semasa

MAKAN KENDURI

X KIRE LAH
kenduri kawin ke!
kenduri arwah ke!
kenduri apa-apa pun!



cuba kita lihat jemputan yang datang,
ambil pinggan ('ape kecik nau pinggan dibeghi nih, macam piring kopi jeh'-rungutan seorang wanita dah nak masuk era pencen)

senduk nasi (4 senduk, .eeeeiiiaii! manyak nye ngkau ngambil', eh! eh! peghut aku kan ke besau, ngkau tuh ape kughangnye, nak ngalahkan aku gek!')

semasa senduk lauk-pauk ('mak ngkau, manyaknye lauk, 1, 2, 3, 4, ahhh 7 jenis lauk, kaye haji tuan ghumah ni eerk!') ('ane tak katenye, keta je besau sama macam bas mini') ('etuah menantu dapat pak mentua kaye nih!')

('h! baghu 3 lauk pinggan aku nih dah penuh macamana nak isi lauk lainnnnih!') gerutu wanita itu lagih ('tu le aku dah kata, ni pighing nih, bukan pinggan, haji nih pun kalau mbuat lauk manyak2 nih beghilee pinggan besau sikit!!!')

lepas makan ('a 'aa, dah beghenti makan, manyak lagi nasi aku nampak lam pinggan ngkau tuh' 'mane nak abis. aku makan kari kambing..., ghase macam kambing, masin pulak tuh!', 'nak bagi oghang kene daghah tinggi ape') ('ade dekat tiga suku lagi nasi ngkau tuh, kesiannye nasik tuh')

--------------------

ini salah satu dialog yang kedengaran semasa kenduri kahwin di satu negeri di Malaysia nih.....

mungkin dialog ini anda pun pernah ucapkan

mungkin anda pun pernah lakukan perkara yang sama

Foto-foto yang terdapat dalam post ini diambil dari kursus-kursus yang pernah saya ikuti di Malaysia, ada antaranya menyebabkan rakan sekursus yang lain tak dapat makanan, kerana yang dahulu bukan dah LAHAP, tapi dah mbazirkan makanan tersebut.




1 comment:

eelobor said...

hehehe....setuju