Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, June 4, 2011

Guna papan iklan minta pekerjaan

FEILIM MAC AN IOMAIRE berdiri di depan papan iklan yang mempromosikan
dirinya yang meminta pekerjaan di sebatang jalan raya di Dublin, Ireland kelmarin.
DUBLIN - Seorang penganggur, Feilim Mac An Iomaire kini memperoleh puluhan tawaran temu duga selepas dia membelanjakan £1,700 (RM8,379) untuk memasang papan iklan besar di sini yang mengandungi mesej meminta diberikan pekerjaan bagi mengelak dirinya berhijrah lagi.

Lulusan Universiti National Ireland di Galway itu menjadi perbualan ramai di laman Twiter dan Facebook selepas papan iklan tersebut dipasang di sini.

Dia kembali ke Ireland pada Ogos 2010 selepas setahun bekerja di Australia sebagai ejen pelancongan dan penyelaras majlis di sebuah hostel di Sydney.

Namun, dia kecewa kerana gagal mendapat pekerjaan disebabkan kadar pengangguran yang tinggi di Ireland iaitu hampir 15 peratus.

Dia tinggal bersama ibu bapanya dan mendapat bantuan kebajikan £160 (RM788) seminggu.

Perasaan kecewanya itu kemudian bertukar menjadi sumber inspirasi untuknya menghasilkan papan iklan tersebut.

Pada April lalu, dia membeli beberapa gambar dari sebuah agensi Indonesia, mencari pelukis pereka grafik dan jurugambar tanpa dikenakan sebarang bayaran dan berbincang dengan sebuah agensi pengiklan terbesar untuk medapatkan ruang memasang papan iklannya.

Papan iklan itu di sebatang jalan raya di sini telah menarik perhatian ramai kerana dianggap sebagai idea pemasaran diri yang terbaik.

Dia kini berharap akan memperoleh pekerjaan menjelang akhir bulan ini selepas menerima puluhan tawaran temu duga.

No comments: