Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, June 22, 2011

PDK Selayang : Pelatih PDK Ikuti Kem Eksplorasi Minda/Mind Exploration Camp

Seramai 7 orang Pelatih PDK Selayang telah mengikuti Kem Eksplorasi Minda (Mind Exploration Camp) pada 15-16hb Jun 2011 (Rabu & Khamis) di Taman Hana Wadi Hussien, Janda Baik.

Ketibaan dan Pendaftaran

Mereka terdiri dari seramai 6 Remaja Kurang Upaya dan seorang Kanak-Kanak Kurang Upaya serta seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang bersama-sama mengiringi mereka.
Nak makan kena beratur!

Mereka ialah:
  1. Azharol Azri Roslan-Masalah Pembelajaran.
  2. Ahmad Fadil Othman-Sindrom Down.
  3. Beh Hong Wei-Masalah Pembelajaran.
  4. Norbaini Adnan-Terencat Akal.
  5. Hamzah Ahmad Kamal-Masalah Pembelajaran.
  6. Mohd Aliff Mohd Sikri-Slow Learner, dan
  7. Nur Farhana Jasmee-Sindrom Down, serta
  8. Nur Sakinah Safiah Suboh (kanak-kanak biasa)

Mereka diiringi oleh:
  1. Puan Alina Abdul Rahman (Ibu Nur Farhana dan juga Petugas PDK Selayang) dan
  2. Puan Siti Khalimah Jamil (Petugas PDK Selayang).

Selain dari mereka berlapan, bersama mereka juga ialah seramai 2 orang remaja dari PDK Rawang dan 2 orang remaja dari PDK Hulu Kelang dan 8 orang remaja yang sama dari Salvation Army, Puchong.

Kem tersebut dijalankan oleh FR Management & Consultation yang diketuai oleh Encik Shahrin Hamid. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Yusof Tawil dan Encik Nor Muha (seorang OKU berkerusi roda dan bermasalah penglihatan).

Mereka juga dibantu bersama oleh Puan Roseniwati, Encik Mohd Shah Rizal, Encik Khuzaifah dan Encik Khuzairi serta Encik Nizam (ketiga-tiga mereka dan Encik Nor Muha adalah dari Kajang).

Kenali alam anda

Program yang bermula dari jam 9:00 pagi pada hari pertama dan berakhir pada jam 5:30 petang hari kedua padat dengan pelbagai aktiviti yang mencerna minda remaja kurang upaya akal tersebut.

Ini dibuktikan, selepas tamat program sebelah malam (barberque dan camp fire serta bermain perkusi) semua remaja tersebut tidur dengan lena sehingga dikejutkan pada esok pagi pada jam 5:30 pagi.

Hang mai tengok dekat-dekat, kompom belon aku lebih besag!



Tangkap! atau Basah!!!!

Kos untuk setiap peserta OKU adalah sebanyak RM215.00 dan kos untuk pengiring pula (Petugas PDK dan lain-lain) adalah RM100.00

Ape ko belek Beh?!



jangan makan buah pelaga tuh!

Aktiviti yang dijalankan ialah:
  • Suaikenal.
  • Mengenal persekitaran
  • Rasa, Bau, Dengar, Lihat dan Alami
  • Cipta dan Reka
  • Tunjukkan bakat anda!
  • Permainan Bocce
  • Besarkah belon anda?
  • Keretapi Belon
  • Belon Air
  • Camp Fire
  • Percussion
  • Morning Walk
  • Mind Race Explore
  • Bantu sahabat anda
  • Titian persahabatan
  • Video: apa yang anda tonton, apa yang anda fahami?
  • 
    Tak dapat pukul gendang, tepuk tangan pun ok pe!
    
    
    Apa story?
    
    "woiiii, cepatlah"  panggil Beh.
    
  • Renungan: Apa yang anda dapat?

Aktiviti ini disusun supaya ia bersesuaian dengan objektif kem agar setiap peserta remaja OKU ini boleh mengeluarkan kebolehan sebenar dari pemikiran mereka. Semua aktiviti adalah berdasarkan:

 "KAMI MULAKAN ANDA TAMATKAN "
dan
"ANDA FIKIRKAN ANDA LAKUKAN"




Di akhir kem, remaja OKU tersebut telah melalui satu pengalaman yang amat menakjubkan sepanjang lebih kurang 35 mereka berada di Taman Hana Wadi Hussien yang amat indah lagi menarik tersebut.

Penyampaian sijil kem oleh Pak Habib (Abah)



Termasuk berpeluang mandi manda di Sungai Chemperoh dengan air jernih lagi dingin yang mengalir dibelakang dapur Taman Hana Wadi Hussien.



ggggggigggggghhh eeii, sejuknyeeeeeee......



3 Sumo wrestler

Mandi manda.........................................

No comments: