Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, June 6, 2011

SUBSIDI oleh Kerajaan Malaysia TERBESAR di dunia

Apakah yang kerajaan subsidikan?

Itulah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada harga lebih rendah samada mereka miskin atau kaya berbanding dengan rakyat negara lain.

Subsidi yang rakyat Malaysia terima:

  1. Subsidi Sosial:
    1. Kesihatan
      1. Bayar RM2.00 sahaja untuk ke klinik kerajaan atau hospital kerajaan berbanding kos semasa ke klinik swasta atau hospital swasta. Dapat pemeriksaan percuma dan ubat-ubatan percuma kecuali ubat-ubatan terkawal.
      2. Bayar RM5.00 sahaja untuk berjumpa doktor pakar.
      3. OKU dan warga emas cuma bayar RM1.00 sahaja.
      4. Perkhidmatan ambulance percuma, dari klinik atau hospital kerajaan sahaja.
      5. Sebahagian hospital ada menyediakan rumah singgah untuk keluarga pesakit menunggu. Pada kos subsidi atau percuma.
      6. Kos pengkebumian percuma jika meninggal dunia di hospital kerajaan (dalam kes yang tidak dituntut oleh waris).
      7. Subsidi pembedahan.
      8. Percuma kos rawatan dan wad (untuk wad kelas 3 sahaja).
      9. Kakitangan Awam/Kerajaan percuma kos rawatan dan wad kelas 2.
    2. Pendidikan
      1. Pendidikan Percuma dari Tadika/Pra Sekolah hingga ke tingkatan 6 (STPM) di tadika/pra-sekolah dan sekolah aliran perdana.
      2. Kemudahan dapat kelebihan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam berbanding dengan mereka yang ke sekolah swasta.
      3. Mengikuti pengajian atau latihan seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kolej Komuniti, Sekolah berasrama penuh, Sekolah Bestari, Giat Mara, Kolej-Kolej atau IPT kerajaan (cuma bayar yuran daftar sahaja dan duit poket, yang lain beggghehhhh!). Sebahagian gi belajar oversea pun di tanggung oleh wang pembayar cukai.
      4. Percuma masuk ke PUSAT SERENTI, Sekolah atau Institusi Pemulihan Akhlak dan yang sewaktu dengannya.
      5. OKU, masuk PDK dan ke Sekolah/Kelas Khas di sekolah aliran perdana dapat bantuan pendidikan lagi.
      6. OKU, Percuma masuk ke Taman Sinar Harapan, Institusi Latihan Khas, Kelas/Sekolah Khas dan yang seumpamanya-yang dijalankan oleh kerajaan.
      7. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
    3. Lain-lain:
      1. Biro Bantuan Guaman.
      2. Tabung Haji (subsidi menunaikan haji)
      3. KEMAS (belajar kemahiran percuma)
      4. Pelbagai bantuan kemanusiaan dan kehidupan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat, Baitulmal, UPEN:
        1. Warga emas, Bantuan Orang Tua (BOT)
        2. Keluarga miskin
        3. Wanita miskin
        4. Anak yatim/anak kurang bernasib baik/anak gelandangan
        5. Sekolah Ugama/KAFA percuma (tak perlu bayar gaji Mudhir, Ustaz atau Ustazah termasuk tukang kebun dan jaga, juga tak perlu bayar untuk bina bangunan sekolah/madrasah)
        6. Percuma untuk anak yatim, anak kurang bernasib baik dan yang seumpamanya memasuki rumah/asrama anak yatim dsb (samada yang dijalankan oleh kerajaan, persatuan (NGO) dan individu samada sah atau TAK SAH.
        7. Bantuan bencana.
        8. OKU ada BTB, EPC, Alat Bantu/Pemulihan (pada yang layak), Bantuan Terlantar
      5. Khidmat Nasihat dan lain-lain perkhidmatan:
        1. Jabatan Pertanian
        2. Jabatan Perikanan
        3. jabatan Veterinar
        4. Jabatan Kebajikan Masyarakat:
          1. Kaunseling
        5. Jabatan Bomba dan Penyelamat
  2. Bahan api dan Elektrik:
    1. Petrol
    2. Diesel
    3. NGV (gas)
    4. Elektrik
    5. Gas memasak
    6. Diesel harga khas untuk nelayan, ramai pulak yang jual diesel, bukan jual ikan.
  3. Prasarana:
    1. Bas RapidKL, tambang murah untuk rakyat Malaysia (tapi yang banyak guna Indon, Bangla, Vietnam dsb) sebab rakyat Malaysia berebut nak makan 'jem' percuma tiap-tiap hari.
    2. LRT
    3. Komuter
    4. Monorail
    5. Keretapi (KTM)
    6. OKU separuh tambang untuk semua perkhidmatan di atas termasuk menggunakan bas ekspress Transnasional dan Penerbangan Malaysia (MAS), kalau nak murah lagi naik je lah teksi.
    7. Pos, untuk surat biasa di bawah 20gram yang dipos dalam Malaysia (Pos Malaysia)
    8. Telefon talian tetap di rumah (TM) dan untuk OKU
    9. Elektrik (TNB)
    10. Bekalan air bersih,
    11. Cukai jalan (motorsikal bawah 250cc dan kereta nasional bawah 1000cc sahaja)
    12. Tandas awam yang disediakan oleh PBT, cuma bayar 20 sen je.
    13. Jejantas, kalau gunakan free aje, kalau tak guna kena bayar RM30.00 (saman/kompaun kalau tertangkap).
    14. Subsidi pungutan sampah.
    15. Subsidi untuk masuk atau melawat Zoo, Taman Burung, Muzium Kesenian Islam, Muzium Negara dsb (yang ada MyKad).
    16. Bas sekolah (dengan permit sah) untuk ke sekolah aliran perdana sahaja.
  4. Makanan:
    1. Beras termasuk beras pulut.
    2. Tepung gandum
    3. Gula pasir
    4. Minyak masak (minyak sawit sahaja)
    5. Susu formula untuk bayi
    6. Susu (cair atau pekat manis serta susu tepung).
  5. Pertanian:
    1. Anak benih (ada yang percuma)
    2. Baja (ada yang percuma)
    3. Racun rumpai
    4. Khidmat nasihat (MARDI, Jab Pertanian, LPP, LKIM dsb)
    5. Pemasaran (FAMA, LPP)
  6. Larangan/Penghadtan Impot: untuk hasil-hasil pertanian dan penternakan untuk memastikan petani dan penternak dapat menjual hasil mereka pada harga yang berpatutan.
  7. Rumah Ibadat.
    1. Subsidi bekalan air.
    2. Subsidi bekalan elektrik.
    3. Elaun Imam, Bilal, Siak (makmum tak perlu bayar).
  8. Ada banyak lagi yang penulis dah tak ingat, nasib baik penulis dalam kategori Non-MML.
    1. Kita kena tuliskan apa yang kita dah terima dari masyarakat dan negara, baru kita TAK LUPA.
    2. Lepas tu kita tulis pula apa yang telah kita TELAH LAKUKAN untuk masyarakat dan negara.

Sebenarnya Malaysia adalah negara yang paling tinggi subsidi di dunia, subsidi berjumlah RM74 bilion tahun lalu memanglah besar. Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

Purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah (setiap seorang/tahun). Ini nilai yang dapat dikira dengan wang ringgit, ada banyak perkara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dengan tepat, ini maknanya subsidi per orang adalah lebih tinggi dari RM12,900.00.

p/s : kalau ada yang bermurah hati nak mengira angka subsidi yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit itu, adalah amat dan teramat dialu-alukan.

No comments: