GENEVIEVE , minat Bahasa Melayu |
p/s: Jika ada kemahuan di situ ada usaha.
PUTRAJAYA - Peserta dari Thailand yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri amat bertuah kerana minatnya terhadap bahasa Melayu banyak membantunya dalam berpidato.
Lookman Chaka, 22, berkata, dia mempelajari bahasa Melayu sejak kecil menyebabkan dia fasih berbahasa Melayu.
"Saya cuba sediakan isi-isi pidato yang menarik agar berjaya memikat hati juri dan minat saya terhadap bahasa Melayu ternyata banyak membantu," katanya selepas pertandingan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Pada pertandingan itu, 10 peserta bagi kategori antarabangsa dan lima kategori Nusantara terpilih ke peringkat separuh akhir.
Lookman yang kini menuntut di Universiti Princess Of Narathiwat berkata, dengan minatnya yang mendalam terhadap bahasa Melayu, dia yakin akan dapat mencapai keputusan terbaik pada pertandingan itu nanti.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment