Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Friday, March 25, 2011

Badminton : Chong Wei setia menanti Misbun

TANPA berselindung, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei masih berharap Datuk Mis- bun Sidek kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei berkata, dia akan tetap menunggu Misbun untuk kembali menjadi jurulatihnya dalam persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

"Saya berharap agar Misbun dapat kembali menjadi jurulatih saya kerana saya masih memerlukan bimbingan daripada beliau.

"Apa jua (keadaan) sekalipun, saya akan tetap menunggu kepulangan Misbun," kata Chong Wei pada sidang media pelancaran majlis amal yang dinamakan 'Hope & Smile' bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun di Hotel Boulevard, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun Chong Wei berkata, peletakan jawatan Misbun yang sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaian tidak pernah mengganggu fokusnya, baik ketika menjalani latihan mahupun menyertai sebarang kejohanan di pentas antarabangsa.

"Saya tidak mahu terlalu memi- kirkan mengenai perkara itu kerana saya perlu fokus dalam latihan saya bagi menghadapi kejohanan-kejohanan yang bakal saya sertai selepas ini.

"Lagipun saya kini mendapat bimbingan daripada Rashid Sidek dan Tay Seu Bock yang banyak membantu dalam usaha meningkat- kan lagi tahap prestasi saya," jelas Chong Wei.

baca lagi di kosmo:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

1 comment:

eelobor said...

saya nak kena terima tawaran dari utk jadi jurulatih datuk nih