Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, March 21, 2011

Squash : Nicol tiada tandingan


BANGGA bersama trofi kemenangan selepas berjaya
mempertahankan kejuaraan kali ketujuh pada Terbuka KL
RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ternyata unggul dan berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2011 semalam.

Nicol yang turun selaku pilihan utama kejohanan menepati ramalan apabila turut berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketujuh itu dalam perlawanan akhir yang berlangsung di gelanggang kaca Berjaya Times Square.

Dalam aksi final yang penuh dramatik, pemain yang menduduki ranking No. 1 dunia itu berjaya membenam lawannya dari Republik Ireland, Madeline Perry dengan straight set 11-6, 11-6, 11-2 dalam masa 34 minit.

Permainan yang berlangsung sengit itu mendapat sorakan serta sokongan padu penyokong tempatan yang menyaksikan perlawanan akhir itu sehingga Nicol berjaya meraih mata penamat pada set ketiga.

Nicol ketika ditemui selepas perlawanan berkata, perlawanan akhir semalam cukup menarik dan dia gembira menang ke atas lawannya yang turut menampilkan aksi hebat.

"Perlawanan dengan Madeline tadi sangat sengit sehingga sukar untuk mencari mata. Walaupun keputusan memihak kepada saya dengan kemenangan straight set tetapi saya terpaksa berusaha keras kali ini berbanding pada separuh akhir.

"Selain itu, saya lebih gembira dan teruja kerana dapat memberikan permainan terbaik, sekali gus dapat mempertahankan ge- laran buat kali ketujuh kali ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah semalam.

Tambah Nicol, selepas ini dia akan memberi fokus kepada latihan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Skuasy Terbuka Pulau Cayman pada April depan sebelum menghadapi kejohanan Asia di Pulau Pinang nanti.

Nicol menyertai kejohanan kali ini dengan reputasi hebat selaku juara enam kali iaitu 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.

Dalam perlawanan akhir terbuka lelaki, pemain Mesir, Karim Darwish muncul juara selepas menewaskan rakan senegaranya, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3.

Nicol selaku juara memenangi trofi beserta hadiah wang tunai AS$8,550 (kira-kira RM28,270) manakala Karim selaku johan terbuka lelaki membawa pulang hadiah wang tunai AS$8,075 (RM24,637).

No comments: