Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, March 19, 2011

Akibat terlampau moden : Kes ‘sexting’ meningkat

p/s: mungkin perkara ini juga telah berlaku di Malaysia, kerana capaian penggunaan internet, i-pad dan handphone sekarang amat mudah bagi kanak-kanak di sini. Kita sebagai ibubapa harus melaku pemerhatian sendiri terhadap anak-anak kita sendiri, sebab kalau ianya berlaku atau dilakukan oleh anak-anak kita, tiada siapa kita boleh persalahkan melainkan cara kita menjaga dan mendidik mereka sendiri.

LONDON: Sebilangan kanak-kanak - sesetengahnya semuda 11 tahun - mengambil imej pornografi diri sendiri dan menukarnya dengan rakan mereka melalui telefon bimbit atau Internet, lapor pakar, semalam.

Satu kajian mendedahkan 40 peratus kanak-kanak berusia 11 - 14 tahun menggunakan telefon bimbit atau komputer untuk menghantar gambar diri sendiri atau menerima imej bogel dan separuh bogel rakan mereka.

Lebih daripada separuh golongan muda yang menghantar imej ini - trend yang dikenali sebagai ‘sexting’ - berbuat demikian walaupun tahu gambar berkenaan akan diedarkan kepada sebilangan penerima lain.

Empat dalam 10 daripada 11,000 kanak-kanak yang dikaji selidik merasakan wajar untuk mengedarkan gambar separuh bogel pelajar perempuan di sekolah mereka.

Pakar berkata, penemuan itu menunjukkan perubahan ketara pandangan kanak-kanak terhadap pornografi Internet - untuk menghasilkannya sendiri. Trend yang mengejutkan itu ekoran daripada saluran maklumat mengenai pornografi Internet dan seterusnya mendorong pelajar lelaki mengharapkan teman wanita mereka mudah melakukan hubungan dan menayangkan tubuh mereka.

1 comment:

eelobor said...

apbila terlampau moden....