Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, July 27, 2011

PDK Selayang : Mesyuarat Jawatankuasa PDK Negeri Selangor.

Pada hari ini 27hb Julai 2011, hari Rabu yang mulia ini, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri Selangor, sekaligus perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Tuan Nik Omar Nik Ab Rahman.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor 2011
Tuan Nik Omar Nik Ab Rahman
Mesyuarat diadakan pada jam 9:30pagi hingga tamat pada jam 1:00 tengahari di tingkat 14, Bangunan darul Ehsan, 40000 Shah Alam.

Sebanyak 30 buah PDK dihadiri oleh Pengerusi atau wakilnya dari 39 buah PDK dalam Negeri Selangor.

Penyelaras PDK Daerah-Daerah atau wakilnya juga turut hadir.

Beberapa resolusi dan maklumat telah dicapai dalam mesyuarat antaranya:

Maklumat:

  1. Buta sebelah mata, kini telah diiktiraf sebagai OKU. Mereka yang buta sebelah mata kini boleh mendaftar sebagai OKU dan mendapat Kad Kenal Diri OKu serta layak mendapat kemudahan seperti yang diperuntukan mengikut kategori dan syarat.
  2. Buku Garis Panduan Pengrusan PDK telah diedarkan kepada semua Pengerusi PDK arau wakilnya yang hadir.
Resolusi:

  1. PKMD atau Penyelaras PDK tidak perlu menunggu minit mesyuarat atau arahan dikeluarkan, apabila sesuatu isu itu telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat.
  2. Pengurusan PDK (Jawatankuasa PDK) digalakkan untuk untuk menambah dana PDK selain dari yang diperuntukan oleh JKM/Kerajaan, dengan melibatkan penyertaan atau sumbangan dari masyarakat setempat.
  3. Penyelia PDK perlu memaklumkan kepada Jawatankuasa PDK mengenai penerimaan pendaftaran OKU yang baru (Pendaftaran Pelatih baru PDK), seelok-eloknya diluluskan penerimaan/pengambilan dalam Mesyuarat Jawatankuasa.
  4. Jawatankuasa PDK boleh mengambil/menerima pelatih baru sebelum Oktober tiap-tiap tahun, tetapi bayaran Elaun Khas OKU mestilah ditanggung oleh dana dari Jawatankuasa (tidak menggunakan peruntukan sediada dari JKM/Kerajaan). Ini untuk mengelakkan keluarga OKU menuntut Elaun Khas OKU sebelum diluluskan oleh JKM.
  5. Pengerusi PDK berhak mewakilkan Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Bendahari atau AJK atau sesiapa sahaja yang dipercayainya untuk mewakilinya dalam Mesyaurat Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri, jika beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut.

2 comments:

eelobor said...

ooo...baru dapat tahu gak nie pasal buta sebelah mata dah di takrifkan sebagai OKU.

TMYZ said...

kena bagitau kenkawan tuh!