Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, July 26, 2011

Lafaz cerai perlu jelas

BARU-BARU ini saya telah terlafaz cerai terhadap isteri saya ketika dalam keadaan marah. Adakah jatuh talak pada isteri saya?

p/s 1 : bagi Muslim, tak perlulah buat ritual cerai macam kat Jepun tuh!

p/s 2 : bagi bukan Islam, mungkin satu konsep yang bagus (bukan cadangan penulis).
JAWAPAN:

Pasangan suami isteri yang telah diijabkabulkan dengan cara yang sah dari segi syarak mempunyai tanggungjawab terhadap rumah tangga yang telah dibina.

Walaupun Islam menetapkan talak itu di bawah kuasa suami namun, secara umumnya talak tersebut jatuh sekiranya ia dilafazkan dengan lafaz yang sorih (jelas) sekalipun tanpa niat dan dalam keadaan marah yang biasa, dilafazkan oleh suami yang berakal, baligh dan dengan pilihan sendiri.

Talak bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Tiga perkara yang sekiranya dibuat sungguh-sungguh atau mempermain-mainkannya akan terjadi iaitu nikah, talak dan rujuk (Hadith riwayat al-Tirmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah).

Oleh itu anda dinasihatkan merujuk ke Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut dengan segera. Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu lafaz talak itu sama ada jatuh atau tidak.

Walaupun perceraian diharuskan syarak, langkah bijak perlu diambil bagi mengelak daripada berlakunya konflik yang boleh membawa kepada perceraian. Antaranya:

i) Pasangan perlu sentiasa bersikap terbuka apabila berdepan dengan sesuatu isu atau masalah, tidak mudah melenting, segera meminta maaf bila menyedari kesalahan diri dan sentiasa bertolak ansur di dalam rumah tangga.

ii) Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud "... dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik"(al Baqarah : 19)

iii) Menerima pasangan seadanya iaitu suami atau isteri perlu mengakui kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan mereka

p/s 3 : melambat-lambatkan pengesahan cerai juga boleh diklasifikasikan sebagai mempermain-mainkan nikah, talak dan ruju'. Kalau dilihat sepintas lalu pun, khalayak telah tahu pemain-pemainnya yang paling tak cekap ialah Pegawai Syari'ah, kerana mereka yang paling memahami bagaimana untuk melewat-lewatkan pengesahan lafaz cerai, pemain kedua tak lain tak bukan pehak lelaki (suami atau mungkin bekas suami {jika mereka telah lafazkan talak}), pehak ketiga ialah wanita (isteri atau bekas isteri {jika talak telah dilafazkan}) yang selalu tertipu oleh pehak kedua dan pertama.

No comments: