Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, March 6, 2011

Tun Mahathir gesa Melayu cuba berdikari

p/s: betul - betul -betuull!

JITRA: “Buanglah tongkat dan cuba berjalan dengan kaki sendiri,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Tun Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu supaya jangan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan kerana ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Tun Mahathir berkata orang Melayu masih memerlukan bantuan kerajaan kerana matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) belum tercapai tetapi pada masa sama, dia mengingatkan kaum itu supaya jangan berharap bantuan itu kekal selama-lamanya.

“Kita perlukan masa lagi bagi mencapai matlamat DEB, tetapi jangan fikir sampai bila-bila pun kita akan dapat pertolongan. Jangan percaya sangat kepada pengekalan bantuan yang kita terima daripada kerajaan.

“Kita kena ingat bila tiada lagi DEB atau kerajaan yang dipilih rakyat nanti tidak lagi bersimpati dengan kita, kita mesti boleh meneruskan kehidupan dan kekal dalam perniagaan.

“Jika kita sentiasa berjalan menggunakan tongkat (bantuan kerajaan) yang diberi, sampai bila pun kaki kita tidak kuat,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam amal Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Naib Presiden PKMM yang juga Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.

Tun Mahathir berkata beliau mahu orang Melayu, terutama yang terbabit dalam bidang perniagaan, kontraktor atau industri, agar meningkatkan keupayaan supaya dapat bersaing dengan kaum lain jika ditakdirkan kerajaan terpaksa menghentikan bantuan kepada mereka satu hari nanti.

No comments: