Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, August 7, 2013

Warga PDK Selayang Iftar Ramadhan bersama KLFM@KL Tower dibawa oleh Lions Club KL Capital


Alhamdulillah......
Bergambar semasa tiba di Menara KL

Rezeki warga PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) pada penghujung Ramadhan 1434H.

Lions Club KL Capital melalui LN Aishah telah memberi peluang kepada warga PDK Selayang untuk bersama-sama dengan beberapa selebriti berbuka puasa 380 meter di udara di Mega Deck KL Tower pada 27 Ramadhan 1434H bersamaan 6hb Ogos 2013.

Iftar ini ditaja oleh RTM amnya melalui KLFM hhasnya sempena dengan program Jelajah Ramadhan 1434H.

Seramai 35 orang warga PDK Selayang yang bertuah tersebut adalah terdiri dari:

10 orang Pelatih OKU PDK Selayang;
10 orang anak yatim dari program asnaf PDK Selayang;
10 orang kanak-kanak dari program asnaf PDK Selayang; dan
  5 orang pengiring dari kakitangan PDK Selayang.

Untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan akibat umat Islam yang shopping sakan saat akhir, mereka bergerak seawal 3:30 petang dari PDK Selayang.

Keadaan trafik adalah diluar jangkaan, tiada kesesakan yang berlaku hanya sedikit di persimpangan Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail, dan mereka tiba seawal 4:10 petang, 50 minit lebih awal dari masa permulaan program.

Mereka disambut oleh Pegawai Perhubungan KL Tower iaitu Cik Wahidah dan Pegawai Perhubungan KLFM iaitu Puan Norain.



Pada jam 5:00 petang mereka dibawa masuk ke Auditorium KL Tower untuk menonton tayangan video pembinaan KL Tower pada tahun 1991.

Menonton tayangan video pembinaan Menara Kuala Lumpur di Auditorium
Selepas tamat tayangan selama 25 minit, kemudiannya mereka dibawa menaikki lif ke tingkat TH03 KL Tower dengan dua kumpulan berasingan.

Setibanya mereka di atas, mereka disambut pula oleh beberapa kakitangan KLFM yang mendaftarkan kehadiran mereka dan menetukan tempat duduk mereka.


Daftar Hadir


Mereka diletakkan di 4 meja setiap meja mempunyai 7-8 kanak-kanak

Selepas itu pada jam 6:10 petang, kesemua mereka dibawa untuk menjalani pemeriksaan mata secara percuma yang ditaja oleh Lions Club KL Capital, seramai 4 orang doktor pakar mata dan seorang pembantu, membantu mereka menjalani pemeriksaan tersebut.












Pemeriksaan Mata oleh Lions Club KL Capital
Pada jam 6:40 petang, Y. Bhg Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa telah tiba untuk menjalankan acara rasmi yang bermula 5 minit kemudian.

Y. Bhg Datuk Ahmad Fauzi Zahari
Selepas tamat ucapan perasmian oleh Y. Bhg Datul Ahmad Fauzi Zahari, penyampaian duit raya diadakan pula bersama-sama dengan goodies bag bola kampung, goodies bag KLFM dan sepasang baju raya tiap-tiap seorang (baju melayu dan baju kurung).










Penyampaian duit raya, goodies bag bola kampung, goodies bag KLFM dan
sepasang baju raya setiap seorang



Penyampaian 2 hamper untuk PDK oleh Menara Kuala Lumpur sb

VIP-VIP
Setiap seorang menerima 2 sumbangan duit raya iaitu RM30.00 sumbangan dari Yayasan Kuala Lumpur dan satu lagi sebanyak RM20.00 (tidak dinyatakan penyumbangnya)

Selepas itu, mereka dihiburkan oleh penyanyi kecil molek Eliza Helmi yang membawa dua buah lagu.




Eliza Helmi menjemput beberapa kanak-kanak dari PDK Selayang
bersama-sama menyanyi di atas pentas



Eliza Helmi melayani sikecil di atas pentas



Eliza Helmi bersama Faris Danial dan maskot Bola Kampung
Dan kemudiannya ia sibuk melayani kanak-kanak dari PDK Selayang yang ingin mendapatkan tandatangan.


Eliza Helmi melayani permintaan kanak-kanak untuk mendapatkan
tandatangannya

Arrramak! termask lak gambor KLCC
Sementara menunggu waktu iftar, Y. Bhg Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Datin Isteri beserta dengan Ketua Pengarah Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan CEOnya beserta Puan Normah Abdul Aziz, Pengurus KLFM telah sudi untuk beramah mesra bersama-sama dengan warga PDK Selayang selama lebih kurang 15 minit.


Eliza Helmi sudi duduk bersama-sama mereka



Dari kiri Eliza Helmi, Datuk Ahmad Fauzi, Datin Isteri dan
Dato' Zuraidah Mohd Said



Y. Bhg Dato' Zuraidah Mohd Said (bertudung kelabu)
CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd sedang
beramah mesra dengan kanak-kanak dari PDK Selayang


Y. Bhg Datuk Ahmad Fauzi Zahari bertanyakan beberapa soalan kepada
adik Muhammad Samsul Naeem Samsul Hanafiah dari PDK Selayang



Y. Bhg Datuk Ahmad Fauzi bertanyakan sesuatu kepada Puan Azizah Mohd Yunus
dari PDK Selayang

Y. Bhg Datin isteri kepada Datuk Ahmad Fauzi beramah mesra dengan anak-anak yatim
dari PDK Selayang ditemani oleh Puan Normah Abdul Aziz, Pengurus KLFM


VIP-VIP beramah mesra bersama-sama mereka
5 minit sebelum iftar penyanyi Nash sempat mendendangkan sebuah lagu popularnya 'Pada Syurga Di Wajah Mu'.





Nash dengan lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu'
Tepat pada jam 7:29 petang, penyanyi Nash telah membacakan do'a berbuka puasa dan do'a rezeki kemudiannya melaungkan Azan Maghrib menandakan telah masuk waktu Maghrib dan waktu iftar pada hari tersebut.

He heeeeee!


Nash sempat bergambar dengan peminatnya sebelum
solat Maghrib
Selepas iftar pada jam 7:50, Nash sekali lagi mendendangkan 2 buah lagunya.

Nah kou! Gaya masing-masing



Nih, gambor dalam lift semasa turun dari mega deck KL Tower

Biasanya kalau orang tuh mata terbelalak macam nih, orang tuh kena sawan
yang nih kategori 'sawan cameraphone' he he he


Menunggu bas untuk balik ke PDK Selayang
Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama dengan kakitangan KLFM pada jam 8:30 malam.



No comments: