Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, April 2, 2012

Sarang Tabuan di R n R Yong Peng

Semasa penulis dalam perjalan balik pada 28hb Mac 2012 (Rabu) dari menjalankan Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian Sukan Special Olympics Negeri Johor, penulis berhenti rehat sebentar di R n R Yong Peng arah utara.

Kalau tengok macam nih! Memang tak nampak!!
Ketika hendak membeli buah-buahan potong di satu gerai van disitu, tanpa semena-mena penulis terpandangkan sesuatu yang memang amat penulis kenali pada penghujung dahan sebatang pokok yang ditanam untuk menghijaukan suasana di R n R tersebut.

Haaaaa! dah nampak kan!!
Apa lagi........, kediaman rasmi sang serang (moto mereka, ENGKAU KACAU, AKU SERANG; TAK KACAU PUN SILAP-SILAP AKU SERANG).

Nah tengok sendiri koloni aku! (kata sang serang) yee haaaaa!! (ada brani???)

Penulis terus menelefon Plusline Rescue (1-800-88-0000), pada jam 16:47pm untuk memaklumkan perkara tersebut.
Haaaa! Lagi Jelas, Nyata dan Terangkan
Tak pe kan! kalau pengguna lebuhraya kena sengat, bil perubatan PLUS
tanggung, kan, kan, kan. MC pun PLUS tanggung
Penulis juga bertanya kepada peniagawati disitu, apakah dia nampak apa yang saya lihat, huh!!!! jawapannya sungguh memeranjatkan "kami dah tahu dan nampak lebih dari setahun, dah cakap pun dengan Plus, mereka datang tengok, lepas tuh! tak buat pape pun!!"

Agak-agaknya Plus nak simpan jadi aset (ataupun mungkin tentera tebuan Nuk Naning)

No comments: