Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, April 1, 2012

PDK Selayang : Sertai Karnival Iktiraf Felda di Dataran Merdeka

Karnival Iktiraf atau dikenali dengan nama lain sebagai Karnival AF (Karnival Anak Felda).

Karnival yang mensasarkan anak-anak felda ini telah menjemput JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) untuk membawa OKU (Orang Kurang Upaya) ke karnival tersebut.

Bersedia untuk mula mewarna

(Samada Penganjur Ikhlas untuk menjemput OKU bersama-sama dalam karnival tersebut atau mereka takut tidak ramai pengunjung jadi panggillah OKU dan keluarga mereka-Wallahu 'alam bissawab; penulis anggak bisa menjawab)
Ruzihani dan Farhana
Hamirah dan Siti Hajar
Mohd Haikal
PDK Selayang bersama-sama beberapa PDK dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah dijemput oleh JKMM membawa bersama-sama seramai 5 orang pelatih OKU PDK.

Peserta dari PDK Rawang

Antara PDK-PDK yang dijemput ialah:

PDK dalam Negeri Selangor
  1. PDK Selayang;
  2. PDK Rawang;
  3. PDK Sri Kundang;
  4. PDK Gombak Setia;
  5. PDK Hulu Kelang;
  6. PDK Taman Seri Gombak
  7. PDK Ijok;
  8. PDK Kuala Selangor;
  9. PDK Tanjong Karang; dan
  10. PDK Kelang Utara
Peserta dari PDK Hulu Kelang (semua yang berbaju merah)

PDK Dalam kuala Lumpur:

  1. PDK Al-Mawaddah;
  2. PDK Permata;
  3. PDK San Peng; dan
  4. PDK Titiwangsa.
Peserta dari PDK Taman Seri Gombak
Peserta dari salah sebuah PDK dalam Kuala Lumpur
(Yang peliknya tuh; 3 ketoi PDK yang berada dalam felda di Negeri Selangor, tidak pula nampak kelibatnya, mungkin mereka kerajaan lain kooootttt!? atau mereka tidak dijemput oleh Felda kottt, keciannn, dapat title ATF (Anak Tiri Felda), mereka ialah:

Peserta dari PDK Daerah Kuala Selangor

  • PDK Soeharto;
  • PDK Gedangsa; dan
  • PDK Sungai Tengi

Aktiviti yang diberikan kepada pelatih OKU PDK ini ialah acara paling popular yang boleh diberikan oleh penganjur, iaitu pertandingan mewarna sahaja.

tak cukup meja atas speaker nih pun boleh lahhh!
(Akibat kecuaian penganjur)
Mereka dibahagikan kepada dua kategori umur sahaja, iaitu:

  • OKU 11 & 12 tahun;dan
  • 12 tahun keatas
(Sebab hadiah yang disediakan oleh penganjur, alaaaaaaahaiiiiiiiiiiii) (tuh pun hadiah saguhati nasib baik ditanggung oleh Agrobank)
(Makanan dan minuman untuk peserta dari PDK pun JKMM yang kena tanggung, tuh pong mesti order dari katering felda, RM7.00/pack, tuh!?)
(Al-hamdulillah! JKMM jaga mereka, dapat pek minuman pagi (nasi lemak secukup rasa) dan pek makanan tengahari (nasi beriani, tak tahu le ada gam ke xde gam)

Pegawai-pegawai dari JKMM yang bertugas menentu-urus peserta-peserta
dari PDK

Semua OKU (tak kira lah OKU Akal ke, OKU Fizikal ke, OKU Pendengaran ke, atau apa-apalah, janji OKU) bertanding dalam dua kategori tuh sahaja.

Jadi pemenang paling belakang tetaplah OKU Akal (tak gitu..............) (ialah aktiviti untuk mereka pun gitu-bitu aje kannnn)

No comments: