Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, November 20, 2011

Markas tentera jalan Sultan Azlan Shah terbiar

GEORGETOWN: Bekas sebuah markas tentera di tengah pusat bandar raya di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, kini terbiar tanpa penyelenggaraan sejak tiga tahun lalu berikutan tiada sebarang usaha untuk memulihkannya.

Bangunan markas tentera yang mempunyai nilai warisan tinggi itu sebelum ini menjadi salah satu pusat operasi markas tentera bertukar kepada kawasan semak-samun termasuk tumbuhan liar dan menjalar.

Sebelum ini, selain menempatkan pusat operasi, markas tentera itu turut dilengkapi kolam renang, dewan utama dan mes pegawai serta mempunyai pemandangan menarik kerana kedudukannya terletak di tepi laut.

Malah, orang awam turut dibenarkan untuk mengadakan beberapa majlis seperti kenduri perkahwinan dan majlis rasmi oleh kerajaan negeri.

Difahamkan, sejak operasi markas tentera itu berpindah ke kem di Bukit Gedung, Jalan Tun Dr Awang, dekat sini, ia terus terbiar tanpa sebarang penjagaan sempurna menyebabkan kawasan sekitarnya ditumbuhi semak samun manakala kolam renang dipenuhi air kotor.

Tinjauan Metroplus mendapati sejak markas itu tidak lagi beroperasi dan ditutup kepada orang ramai, beberapa anggota tentera dikesan masih berkawal menjaga persekitarannya daripada dicerobohi luar.

Orang ramai yang melalui laluan utama ke pusat bandar atau ke pusat peranginan di Batu Feringgi, dekat sini, mahu pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan segera membersihkan sekali gus mengekalkan bangunan yang mempunyai nilai warisan bermutu tinggi itu.

Kakitangan swasta, Jamaluddin Ahmad Jaafar, 40, berkata bangunan itu seharusnya dibersihkan dan dinaik taraf bagi membolehkan pelbagai program bermanfaat diadakan di dalam atau pekarangan.

“Bangunan yang mempunyai nilai warisan tinggi seharusnya dikekalkan bagi tarikan pengunjung termasuk pelancong asing terutama apabila Pulau Pinang diiktiraf salah satu destinasi Tapak Warisan Dunia,” katanya.

Menurutnya, bekas markas tentera yang terbiar itu bukan saja menyakitkan mata, malah boleh memberi imej buruk kepada kawasan persekitaran yang dikelilingi bangunan komersial.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa terbabit khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bekas bangunan markas tentera itu bebas daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk selain membahayakan nyawa orang ramai.

Peniaga, Azhar Abdul Hamid, 39, berkata bangunan itu seharusnya terus dipelihara dan dipulihkan dan menukar statusnya sebagai salah satu pusat tarikan pengunjung daripada terbiar begitu saja.

“Saya mencadangkan bangunan ini dibangunkan sebagai restoran atau pusat kebudayaan serta kraftangan bagi mempromosikan pelbagai produk pelancongan negeri ini,” katanya.

No comments: