Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, November 26, 2011

ETS terkandas 10 jam : KERANA SEBAB DI BAWAH

p/s 1 : Masalah sebenar ETS adalah sama seperti masalah Komuter adalah sama dengan masalah perkhidmatan keretapi dan juga sama masalahnya dengan KTMB itu sendiri.

p/s 2 : Semua sudah maklum, pekerja-pekerja KTMB bukanlah boleh diharap dari pekerja operasi bawalah kepada pekerja pengurusan yang memang terkenal dengan MALAS dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Ia dibawa dari era penjajah dahulu sehinggalah dah masuk lebih setengah abad Malaysia Merdeka, tetapi pekerja-pekerja KTMB masih lagi tak boleh merdeka dari attitude pemalas mereka.

p/s 3 : Kerajaan amnya dan Kementerian Pengangkutan khasnya perlu menukar keseluruhan pekerja-pekerja KTMB dari Pengerusinya hingga ke tukang cuci jika mahu perkhidmatan ETS, Komuter dan Keretapi di Malaysia lebih teratur seperti LRT dan Monorel serta ERL


SEBAHAGIAN penumpang perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang terkandas di Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Lebih 700 penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh-KL Sentral terkandas di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di sini sejak semalam sehingga pukul 8.45 malam tadi.

Sementara menunggu perkhidmatan dipulihkan malam tadi, kebanyakan penumpang terus menunggu di stesen berkenaan dan membeli makanan serta minuman yang dijual di kantin stesen tersebut.

Kejadian tersebut berlaku apabila kabel dari Stesen Tapah Road sehingga ke Ipoh serta turut melibatkan stesen KTMB Kampar dan Batu Gajah, terputus bekalan elektrik pada pukul 10.14 pagi semalam.

Akibatnya, penumpang yang menaiki ETS bagi perjalanan pukul 2 dan 3 petang masih gagal menaiki tren.

p/s 4 : KTMB bukan tiada khidmat sokongan, tetapi oleh kerana sikap pemalas mereka, mereka gagal membantu penumpang mereka sendiri dengan menyediakan perkhidmatan keretapi biasa samada dari KL Sentral ke Ipoh dan sebaliknya, tetapi walaupun mereka dah mengetahui kerosakkan tersebut tidak boleh diperbaikki dalam tempoh 30 minit, mereka masih dengan sikap MALAS mereka tidak menggunakan khidmat bantuan mereka yang memang sudah tesedia..........

1 comment:

eelobor said...

yang tak boleh blah, katanya khidmat staf KTMB kita diperlukan oleh negara luar semasa musim haji itu hari kan? hihihihihi..... kira depa masuk bakul angkat sendiri la ek?