Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, June 2, 2013

Management & Sciences University (MSU) Cemerlang

Antara bidang pengajian profesional yang menjanjikan prospek cerah dalam kerjaya ditawarkan Management and Science University (MSU) ialah Bachelor in International Business (Hons) di bawah Faculty of Business Management & Professional Studies.
Program pengajian ini memberi penekanan kepada aspek berkaitan persekitaran perniagaan antarabangsa iaitu aktiviti perniagaan merentasi sempadan melalui transaksi antara dua atau lebih negara.
Antara komponen penting dalam perniagaan antarabangsa termasuk pengurusan antarabangsa, kewangan dan perbankan, e-dagang, serta pemasaran. 

Perkembangan dunia perniagaan melalui syarikat multinasional (MNC) dengan pendekatan pemasaran berbeza di seluruh dunia membawa kepada peningkatan permintaan terhadap modal insan dengan kepakaran dalam perniagaan antarabangsa.
Antara syarikat mutinasional terkenal ialah McDonald, Toyota, Samsung, Petronas dan Shell.
Terkenal dengan visi komited untuk mencerna kecemerlangan dan kejayaan kepada graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu sama ada teori atau amali selain disediakan kemudahan prasarana lengkap bagi tujuan pembelajaran berkualiti.

Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui aktiviti kokurikulum dan nilai-nilai etika serta moral.

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi, selain memperoleh kerjaya juga mudah tercapai kerana MSU mempunyai kerjasama erat dengan majikan sama ada kerajaan atau swasta. 

University Industry Advisory Panel (UIAP) pula memastikan silibus program pengajian di MSU dilengkapi dengan input industri yang relevan bagi pelajar apabila menceburi pasaran kerjaya selepas bergraduat. 

Management & Science University (MSU) antara universiti terbaik di Malaysia dengan status sebagai 'Universiti Cemerlang' sebanyak dua kali oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 

MSU turut diakreditasi oleh Accreditations Services for International Colleges (ASIC), United Kingdom dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21), Jepun.

No comments: