Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, June 20, 2013

Kejohanan Special Olympics Malaysia, Kuantan 2013

Seramai 207 orang Pegawai Teknikal akan berkhidmat menjalankan kejohanan tersebut yang meliputi 6 jenis sukan iaitu; Olahraga, Bocce, Bowling, Equestrian, Renang dan 5-A -Side Soccer (Bolasepak).

Mereka datang dari pelbagai entiti seperti:

37 orang Special Olympics Malaysia
43 PDK-PDK Pahang
62 Persatuan Renang Amatur Pahang
44 Persatuan Atletik Amatur Pahang.

Berikut adalah sebahagian dari nama Pegawai Teknikal Sukan dari Special Olympics Malaysia yang tersenarai:

NO.
NAME
ORIGIN
1.        
NG KUM LOY
SOM/SARAWAK
2.        
MICHAEL JANADIKAN
SOM/PERAK
3.        
ROCKY LOO
SOM/PERAK
4.        
MOHD YUSOF TAWIL
SOM/PDK SELAYANG
5.        
JOHNSON WONG
SOM/LABUAN
6.        
MOHD FAIZAL ABDULLAH
SOM/MIRI
7.        
HO SEW CHING
SOM/MELAKA
8.        
MOHAMAD AZHARI MOHD AZHAR
SOM/JKMM
9.        
MOHD TARMIZI WAHAB
SOM/SELANGOR
10.    
TUAN AZLAH TUAN AZAM
SOM/TERENGGANU
11.    
MAZLAN ISMAIL
JKMN SELANGOR
12.    
NOR ZULINA MANSOR
PKMD GOMBAK
13.    
ZAKINAH HASSAN
PDK SUNGAI CHOH
14.    
AIDAH SAHAT
PDK BATANG KALI
15.    
NORAZIDAH IDRIS
PDK BATANG KALI
16.    
SALASIAH TUN MUSA
PDK SOEHARTO
17.    
SITI NORA SURANI
PDK SOEHARTO
18.    
HAIRUZANA MD JAMIL
PDK SUNGAI TENGI
19.    
KHAIRULAILIAH ABDUL RANI
PDK GEDANGSA
20.    
NURUL SAHIDA MOHD ALI
PDK SELAYANG
21.    
ALINA ABDUL RAHMAN
PDK SELAYANG
22.    
MOHD SHAH RIZAL MAH@MAN
PDK SELAYANG
23.    
SHAMIL AMZAR HESSAM
PDK SELAYANG
24.    
SUHAILA ABUL MANAP
PDK HULU KELANG
25.    
WAHINAH WAHID
PDK HULU KELANG
26.    
HALIMAHTUN SAADIAH MURI
PDK HULU KELANG
27.    
SITI KHARIFAH MAT ISA
PDK HULU KELANG
28.    
SALAMIAH AHMAD
PDK HULU KELANG
29.    
HAJJAH SARA SHAARI
PDK KAMPUNG KENANGA, RAWANG
30.    
UMMU SHIQAH ISMAIL
PDK KAMPUNG KENANGA, RAWANG
31.    
KHAMISRINITA ABDUL RAMAN
PDK KAMPUNG KENANGA, RAWANG
32.    
KAVITHA MARIAPPAN
PDK KAMPUNG KENANGA, RAWANG
33.    
NOR IZWANA MUHARAM
PDK BATU ARANG
34.    
HAJJAH ZAHARAH ALI
PDK TAMAN SERI GOMBAK
35.    
RAZLIAH SAIRAN
PDK TANJUNG SEPAT
36.    
NORRIMAH ABDUL AZIZ
PDK SERI JELOK
37.    
ASIAH SULAIMAN
PDK MAHARANI, JOHOR




2 comments:

eelobor said...

bekas bos oku gombak takde dalam list ker? huhuhu

Mohd Yusof Tawil said...

dia dalam list JKMM