Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, May 9, 2011

EARLY ENGLISH AND BAHASA MALAYSIA LANGUAGE; COURSE FOR PDK TEACHERS

PHONIC METHOD

DATE: 30th April 2011

TIME: 9.00am – 1.00pm

VENUE: Malaysian Relief Agency

Lot 7, Jalan Raja Uda

Kampong Baru

50300 Kuala Lumpur

PENCERAMAH : PN SARIAH AMIRIN

PRESIDEN PERSATUAN DISLEKSIA

PROGRAMME

9.00am Learning Disability (Masalah Pembelajaran)

English (Bahasa Inggeris)

10.00am Bahasa Malaysia

11.00am Making Teaching Material (Bengkel Bina Bahan Mengajar)

1.00pm Session Ends (Tamat)

Note:

A. IF YOU WANT TO TAKE THE TEACHING MATERIALS HOME.

JIKA ANDA INGIN MEMBAWA ALAT BANTU MENGAJAR BALIK KE.

Bring your own materials (glue, mounting board, colour pencil, marker pens, masking tape, manila card, scissors, pictures in old books, old magazines, shopping booklet etc)

Sila bawa bahan sendiri (pelekat/gam, kad keras, masking tape, kad manila, pensel warna, pen marker, gunting, gambar dari buku dan majalah lama, buku harga barangan dll)

B. IF YOU USE OUR MATERIALS. WE RESERVE THE RIGHT TO TAKE THE MATERIALS FOR OUR USE.

JIKA ANDA MENGGUNA BAHAN-BAHAN KAMI , PIHAK KAMI BERHAK UNTUK MENYIMPAN ALAT BANTUAN MENGAJAR YANG TELAH DIBUAT.

*REGISTRATION FEES/YURAN PENDAFTARAN RM 60.00 inclusive of tea and lunch (termasuk minum pagi dan tengahari).

Only 20 places, first come first serve basis. (Hanya 20 orang sahaja).

Interested?

Call Encik Mohd Yusof Tawil @ +6017-885 8308 or contact via email: tmyzaini@gmail.com

No comments: