Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, May 2, 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara Lagi : Ungguli Terbuka India

CHONG WEI muncul juara selepas menewaskan Gade 21-12, 12-21, 21-15 pada final
Terbuka India di New Delhi semalam.
PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-12, 12-21, 21-15 pada perlawa- nan akhir di New Delhi semalam.

Bagaimanapun, Chong Wei, 28, yang belum pernah meraih sebarang gelaran di India memerlukan masa satu jam, dua minit untuk menjinakkan lawannya itu.

Ini merupakan gelaran keempat Chong Wei tahun ini se- lepas menjuarai Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan Seluruh England.

Diletakkan sebagai pemain pilihan utama pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$200,000 (RM592,200) itu, Chong Wei diberi tentangan sengit oleh Gade sebelum menang.

Selepas menang mudah set pertama, Chong Wei seperti memperlahankan rentak permainan pada set kedua, sekali gus memberi ruang kepada Gade untuk bangkit.

Selepas terikat 8-8 pada suatu ketika, Gade memungut empat mata berturut-turut dan tidak menoleh ke belakang lagi apabila Chong Wei kerap menghantar bulu tangkis keluar gelanggang.

Bagaimanapun, set ketiga jelas menyaksikan skrip berbeza apabila Chong Wei terus memimpin permainan dari awal hingga akhir menerusi pukulan-pukulan bertenaga.

Chong Wei menjadi satu-satunya pemain negara yang berjaya mara ke perlawanan akhir selepas gandingan beregu lelaki, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersekat pada separuh akhir kelmarin.

Kien Keat-Boon Heong tewas kepada beregu Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata, manakala Peng Soon- Liu Ying tunduk kepada gandingan Indonesia, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth.

No comments: