Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Ya Ramadhan : Panduan Pemakanan Pesakit Gastrik Semasa Berpuasa

!!PERINGATAN!!
PANDUAN INI TIDAK BERGUNA BAGI MEREKA YANG SENGAJA MENCARI ALASAN UNTUK TIDAK MAHU BERPUASA

1. Berbuka secara ringan - Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut"  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.


2. Tidak berbuka terlalu berat - Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.


3. Makan makanan yang mengandungi sulfur - Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknyabanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.


4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka - Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.


5. Elak makanan tinggi lemak - Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak


6. Makan secara sederhana - Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

No comments: