Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Saturday, September 29, 2012

PDK Selayang : Rumah Terbuka Eidul-Fitri Wal-Faizin 1433H PDK Selayang

PDK Selayang telah mengadakan Rumah Terbuka Eidul-Fitri Wal-Faizin 1433H pada 29 Syawal 1433H bersamaan dengan 15hb September 2012 (Sabtu).







Majlis bermula seawal jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 3:40 petang.




Tetapi Petugas PDK serta volunteer yang membantu telah bermula seawal jam 6:30 pagi, bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.



Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Program iaitu Encik Mohd Yusof Tawil, dan diikuti dengan bacaan do'a yang disampaikan oleh Ustaz Zainudin Sulaiman seorang bapa kepada salah seorang pelatih PDK Selayang.




Seramai 68 orang pelatih PDK Selayang telah hadir bersama-sama dengan keluarga masing-masing dan diikuti oleh beberapa pelatih PDK sahabat yang turut diundang untuk menyertai dan menikmati perlbagai juadah yang telah disediakan.





Semua juadah yang disediakan adalah hasil sumbangan dari keluarga pelatih PDK, Jawatankuasa PDK (individu) serta masyarakat setempat dan jiran-jiran kepada PDK Selayang, kecuali nasi himpit dan kuah kacang.









Sementara itu Jawatankuasa PDK juga telah menyumbangkan duit raya kepada semua pelatih PDK yang hadir, OKU jemputan yang hadir dan semua kanak-kanak yang hadir termasuk adik-beradik kepada pelatih PDK, anak-anak kepada Petugas PDK Selayang anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik yang dijemput dan semua kanak-kanak yang hadir yang kesemuanya berjumlah lebih dari 250 orang.





Jumlah kehadiran jemputan yang meraikan majlis tersebut telah mencatat rekod baru dengan seramai 723 tetamu yang hadir. Ia memecah rekod yang dibuat pada tahun 2009 iaitu seramai 671 tetamu.





Pelbagai jenis makanan dan juadah tradisi telah disediakan (dari sumbangan) termasuklah:






  • lemang sumbangan keluarga pelatih PDK Wan Nasrul Izhar Wan Ismail;
  • Rendang daging dendeng sumbangan Puan Faridah Kamis-bekas Petugas PDK Selayang yang kini merupakan seorang Caterer yang berjaya;
  • Bakso sumbangan keluarga pelatih Hafiz Ali Ashar;
  • Laksa Kedah sumbangan keluarga Pembantu PDK Norbani Adnan;
  • Nasi Minyak sumbangan keluarga pelatih PDK Siti Hajar Masrom;
  • Roti Jala dengan gulai kari ayam sumbangan keluarga pelatih PDK Wan Muhammad Aminuddin;
  • dan pelbagai makanan dan juadah raya yang disumbangkan oleh mereka yang tidak dapat disebutkan disini.............




No comments: