Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, September 13, 2012

4 beradik Melayu terbiar di Sungai Siput


SUNGAI SIPUT: Empat beradik ditemui hidup terbiar dan kelaparan selepas ditinggalkan ibu kandung mereka yang tidak pulang ke rumah di Taman Makmur, di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Lebih malang apabila tiga daripada empat beradik itu tidak bersekolah berikutan tidak diberikan wang saku selain dibiarkan hidup tanpa jagaan sempurna oleh bapa mereka yang ditahan polis selepas disyaki terbabit jenayah.

Nasib malang empat beradik itu mendapat perhatian Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Siput yang melawat rumah mereka pagi semalam.

Ketika lawatan mengejut dilakukan, empat beradik itu, Nor Hidayah Abdullah, tiga tahun, Nor Iman Abdullah, lapan tahun, Nor Ain Abdullah, 10, dan Norr Effa Abdullah, 14, tidak bersekolah dan sekadar berkeliaran di sekeliling rumah.

Jiran mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, rata-rata penduduk di kawasan perumahan itu simpati nasib empat beradik itu.

Menurutnya, mereka mula menyedari ibu kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah sejak lebih tiga bulan lalu, manakala bapa mereka bersikap ‘lepas tangan’.
“Penduduk bergilir-gilir memberikan makanan dan bantuan bagi memastikan empat beradik itu tidak kelaparan.

“Saya memastikan kanak-kanak itu diberikan roti atau nasi setiap hari. Saya tidak sampai hati melihat mereka kelaparan,” katanya.

Menurutnya, penduduk di kawasan itu beberapa kali membawa Nor Hidayah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sungai Siput selepas kanak-kanak malang itu diserang penyakit sawan.

“Ada penduduk memberikan wang saku kepada Norr Effa bagi memastikan kanak-kanak itu dapat ke sekolah,” katanya.

Seorang lagi jiran yang enggan namanya didedahkan mendakwa sering melihat Nor Hidayah merayau dan dihantar pulang orang ramai yang prihatin.

Sementara itu, Norr Effa yang disoal pegawai JKM gagal memberi maklumat jelas berhubung lokasi ibu dan bapanya berada.

“Ibu sudah lama tidak balik dan ayah ada di hospital kerana sakit,” katanya sambil menitis air mata.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu yang berjaya dihubungi Ganesan menggunakan telefon bimbit berjanji untuk pulang menziarahi anak-anaknya.

Bagaimanapun, pihak JKM meminta ibu kanak-kanak itu yang kini menetap di Sitiawan datang ke pejabat JKM bagi memberikan laporan sebelum tindakan susulan diambil.

Ganesan berkata, ibu kanak-kanak malang itu sebelum ini pernah bekerja di sebuah kedai judi di pekan Sungai Siput sebelum berhijrah ke lokasi lain.

“Walaupun berlainan agama, rata-rata jiran berbangsa India di kawasan ini amat simpati terhadap nasib empat beradik itu. 

Pihak JKM mungkin akan menempatkan empat beradik itu di rumah kebajikan sekiranya penjaga atau waris mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya....???

# Kenapa JKM perlu tunggu dan lihat lagi? Mereka telah terbiar selama beberapa bulan.... adakah JKM perlu menunggu beberapa bulan lagi? atau mungkin beberapa tahun lagi untuk membuat tindakan....,

## Sepatutnya tindakan segera dengan menempatkan mereka di bawah perlindungan JKM perlu dibuat (sebab JKM kan pelindung kanak-kanak)  sementara menunggu tindakan waris mereka!

“Agak menyedihkan apabila semua kanak-kanak itu dibiarkan bersendirian di rumah selain tidak diambil tahu ibu bapa soal kesihatan, persekolahan dan kebajikan,” katanya.

No comments: