Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, February 5, 2012

PDK Selayang : Program "Riadah Petang Kembara Malam" ke Broga Hill

Bukit Broga, kini tidak asing lagi bagi penghuni Metropolitan Kuala Lumpur, apatah lagi penduduk sekitarnya dan Selangor secara keseluruhannya.
Bukit Broga, Semenyih
Bagi peminat riadah dan sukan semi lasak, ini adalah salah satu venue yang menarik untuk santapan rohani dan jasmani mereka.

Bergambar sebelum mula mendaki
Bagi menyahut cabaran dan merasai sendiri topik yang menjadi buah mulut pencita riadah ini, Kelab OKU PDK Selayang dengan kerjasama dari Jawatankuasanya telah menganjurkan program "Riadah Petang Kembara Malam" ke Bukit Broga pada 9hb Januari 2012 (Selasa).

Mula perjalanan peringkat 1, Bukit Broga 1.7km to go
Gunung Tok Wan 4.1km to go
Seramai 4 orang pelatih remaja PDK menyahut cabaran (mendapat kebenaran dari ibubapa/keluarga) untuk menyahut cabaran tersebut.

Permulaan peringkat 2
Program ini juga dijalankan sebagai satu latihan untuk mereka ke "Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2012" yang akan diadakan pada Mei tahun ini.

Kesukaran pertama di pertengahan peringkat 2
Selain dari pelatih OKU dari PDK Selayang, Jawatankuasa Penganjur juga menjemput beberapa PDK dalam Daerah Gombak untuk bersama-sama mengikuti program tersebut.

Kesukaran kedua di peringkat 2
PDK Hulu Kelang dan PDK Rawang menyahut cabaran dengan PDK Hulu Kelang menghantar seramai 5 pelatih OKU remaja dan PDK Rawang menghantar seorang pelatih OKU remaja.

Pelatih OKU Remaja PDK Selayang, Hamzah Ahamad Kamal pertama
lepasi peringkat 2 untuk ke peringkat 3
Mereka diiringi oleh seramai 15 orang pengiring, Pengarah Program dan seorang sukarelawan.

Mohd Lokman dipandu oleh Petugas PDK Selayang Mohd Shah Rizal dan
dibantu oleh Yusril Pembantu Petugas PDK Hulu Kelang
Skuad riadah berkumpul di perkarangan PDK Selayang pada jam 1:30 tengahari dan menikmati hidangan KFC yang ditaja oleh KFC Holdings untuk program Projek Penyayang yang kebetulan pada tarikh yang sama.

Hafiz, Pelatih dari PDK Rawang mula keletihan di pertengahan
peringkat 3
Mereka bergerak dengan bas pada jam 3:00 petang dan tiba di tempat permulaan pada jam 4:30 petang.
Peringkat 4, yang paling sukar apatah lagi selepas waktu hujan dengan
trek yang agak licin....ooops,memang licin pun.......
Mereka mula mendaki 15 minit kemudian setelah menerima taklimat dari jawatankuasa program, dalam keadaan hujan renyai-renyai (kami tiba selepas hujan lebat yang kami harungi sebahagian besar perjalanan dari Selayang ke Semenyih).

Kumpulan pertama di pertengahan peringkat 4 sedang mendaki, Pelatih Beh
Hong Wei (berdiri) dan Pembantu Petugas Azharul (duduk) serta Pembantu
Sementara Sara (seluar putih)

Kumpulan kedua sedang memerhatikan kumpulan pertama mendaki
peringkat 4 sambil berehat
Dari seramai 10 pelatih, dari dari mereka dikenali sebagai 'hardcore' agak sukar untuk berjalan jauh apatah lagi untuk mendaki.

Hamzah sedang mendaki peringkat 4 sambil memegang tali yang
telah disediakan
Salah seorang ialah Mohd Lokman Zulkifly, anak sulung kepada Penyelia PDK Hulu Kelang, Puan Suhaila Abdul Manap.

Sambil dibantu oleh Petugas Mohd Shah Rizal
Pada asalnya, Puan Suhaila hanya ingin memberi peluang kepada Lokman sehingga peringkat 1 (600 meter dari permulaan), dan beliau berdua akan menunggu disitu sehingga skuad balik dan untuk balik bersama-sama.

Foto bersiri, membantu Mohd Lokman mendaki peringkat 4

Foto 2

Foto 3

Foto 4

Foto 5

Tetapi Pengarah Program mencadangkan untuk cuba membawa Lokman sejauh mungkin dengan bantuan beberapa Petugas dan Sukarelawan.

Foto bersiri, membantu Hafiz mendaki peringkat 4

Foto 2

Foto 3

Keseluruhan perjalanan adalah sejauh 1.7km dengan ketinggian Bukit Broga 741m dari aras laut.

Pendakian yang sukar

dan licin

Petugas, saling bantu membantu
Peringkat kedua adalah sejauh 400m dengan sedikit kesukaran pada pertengahan yang mana mereka harus melepasi satu tebing tinggi atau melalui denai sempit yang bersebelahan dengan jurang sedalam 20-40m.
Wajah-wajah kejayaan

dan kepenatan
Pendakian peringkat ketiga sejauh 450m agak mudah jika dibandingkan dengan kesukaran peringkat 2 dan peringkat 4 adalah yang paling sukar yang mana pendaki harus mendaki bukit tegak setinggi 100-120m dengan menggunakan tali yang telah dipasang oleh pendaki terdahulu (terima kasih kepada mereka yang prihatin).

Beh Hong Wei dan Hamzah Ahmad Kamal

Hafiz dan Nor Afikah

Mohd Lokman (abang) dan Mohd Danial Azrai Zulkifly (adik)

Beh Hong Wei, Azharul Azri Roslan dan Hamzah Ahmad Kamal
di Puncak 2 (peringkat 5)
Manakala peringkat kelima ddan terakhir ialah puncak kedua dan tertinggi di situ sejauh 250 meter lagi.

Pemandangan puncak 1, dari puncak 2
Bagi mereka yang ingin menjelajah lebih jauh mereka boleh terus ke Gunung Tok Wan sejauh 3.1km dari Bukit Broga pada ketinggian 872m.

Turun, nampak senang

mulai sukar.....
Skuad pendakian seramai 26 orang yang bermula dalam satu kumpulan mula berpecah apabila melangkaui hentian pertama.

Nak turun berdiri pun sukar, gelongsor je lahhhh............

Ohh! seluarku! habis kotor

Tak pe.....! kalau tergolek, pasti tak sampai pekan Semenyih
Kumpulan pertama tiba puncak satu pada jam 5.25pm sementara yang terakhir tiba iaitu kumpulan yang bersama-sama Lokman dan Hafiz pada jam 6:20pm.
Ingatkan pelatih je yang susah nak turun, petugas pun lebih kurang je.........!


Alaaaeihhh! susahnyeeeeeeeeeee!
Hanya 5 orang pendaki sahaja yang tiba di puncak 2 (peringkat 5) iaitu 3 orang pelatih dan seorang pengiring dan Pengarah Program. Yang lain berhenti di puncak 1 dan berehat disitu sehingga tiba waktu untukmturun semula.

Ikon Bukit Broga
(kasut sapa lah nih?!) cuma yang tengadah atas sahaja boleh nampak!
Tujuan untuk menyaksikan keindahan matahari tenggelam (sunset) yang dikatakan amat menarik disaksikan dari Bukit Broga terpaksa dilupakan kerana keadaan langit yang mendung seawal perjalana dari Selayang.

Mulai gelap (jam 7:30 malam)

Alzanariah (Petugas PDK Rawang, terlindung) terjatuh dan terseliuh kaki kanan
ketika turun di peringkat 2
Selepas azan Maghrib (azan kedengaran dari surau kampus Kolej Nottingham, antara 2.5-3.0km dari puncak),pada jam 7:40 malam  pelatih yang mempunyai kesukaran yang tinggi diarahkan turun dahulu, diikuti oleh peserta lain 20 minit kemudian.

Bergambar di hentian peringkat 1, sebelum bergerak ke permulaan untuk
menaikki bas balik ke Selayang
Mereka berkumpul di hentian pertama, selepas bergambar beramai-ramai bergerak terus ke bas yang telah menanti untuk membawa mereka balik ke destinasi masing-masing.

No comments: