Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Monday, February 6, 2012

PDK Selayang Outreach : Adakan Klinik Bocce di PDK Rumah Sayangku Telok Panglima Garang

BOCCE

PDK Selayang telah mengadakan klinik bocce di PDK Rumah Sayangku, Telok Panglima Garang pada 17hb Januari 2012 yang lalu.
Membersihkan gelanggang bocce
hanya 3 orang sahaja yang sudi membantu, yang lain MEMBATU
(naklumlah sifat dan sikap M, MM, MMM tu tebal, kan kan kannnn)

Atlet ID nih lebih rajin dari Penyelia2 dan Petugas2 yg M, MM, MMM

Klinik tersebut diadakan di atas permintaan dari Penyelia PDK tersebut iaitu Puan Umi Kalthum Saonel.
Encik Mohd Yusof Tawil sedang memberi teori bocce

Ia adalah sebagai persediaan untuk menganjurkan sukan PDK Daerah tersebut yang mana PDK Rumah Sayangku akan menjadi tuan rumah kepada sukan bocce, salah satu jenis sukan yang dipertandingkan dalam Special Olympics..
Yang rajin boleh catit, yg M kena jugak catit
Selain dari Penyelia dan Petugas-Petugas PDK tersebut, Penyelia dan Petugas-Petugas dari 3 buah PDK lain dalam Daerah Hulu Langat juga dijemput untuk mengikuti klinik tersebut.
Encik Mohd Yusof Tawil sedang memberi penerangan untuk
praktikal permainan bocce

Seramai 4 Penyelia, 19 Petugas dan 28 atlet telah hadir mengikuti klinik tersebut.

En Mohd Shah Rizal membantu latihan di gelanggang 2

PDK Selayang telah menghantar Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan dan Rekreasinya iaitu Encik Mohd Yusof Tawil dan dibantu oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang dan Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man seorang Petugas PDK Selayang.
Praktikal permainan, patutnya ceria, yapi nampak macam moncooong je!

Klinik tersebut bermula jam 2:00 petang dan tamat pada jam 5:30 petang.

Puan Umi, sedang mencatit maklumat berkenaan praktikal permainan bocce

Klinik dibahagikan kepada dua sesi iaitu teori dan praktikal, teori diadakan selama 1:30 jam dan praktikal juga selama 1:30 jam.
Encik Mohd Yusof sedang menunjukkan cara-cara ukuran diambil
dalam praktikal permainan bocce

Semasa sesi teori diadakan, Encik Mohd Shah Rizal telah melatih atlet-atlet yang turut hadir dengan dibantu oleh 4 orang petugas PDK (seoarang dari setiap PDK).
Encik Mohd Yusof sedang menjawab kemusykilan tentang cara ukuran dibuat
dalam permainan bocce

Selepas rehat selama 30 minit, sesi praktikal untuk Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK dimulakan.
Praktikal bocce di gelanggang B

Mereka dilatih cara-cara bermain bocce dan juga cara-cara menjadi pegawai pertandingan seperti
Hakim, Jurukur, Pencatit, Penjaga Bendera dan Atletes Usherer.
Tamat klinik teori dan praktikal permainan bocce

Selain dari itu mereka juga dilatih untuk membina gelanggang bocce sementara dari pita keselamatan merah-putih dengan mengikut ukuran yang sebenar.

No comments: