Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, February 13, 2011

Spring Potato : Ayah ‘guru bisnes’ Marini

PRODUK BARU...Marini (tengah) bersama
kakitangan di kios Spring Potato di Ampang Park.
LATIHAN amali untuk menjadi usahawan dipelajarinya daripada bapa sendiri. Sejak kecil Marini Mahbob, 28, dan tujuh saudara­nya didedahkan dengan ilmu perniagaan, menjadikan mereka memiliki ‘otak bisnes’.

Mereka pernah menjual pelbagai barangan di merata tempat dan situasi dalam usaha bapa­nya, Mahbob Jonit, 54, melatih dan membentuk diri anaknya menjadi usahawan.

SEJIWA...di samping suami yang banyak
memberi dorongan dan semangat.

DAPAT SAMBUTAN...Marini bersama Norlailah (kiri)
dan Masayu (tengah) menunjukkan kentang putar keluaran
Spring Potato.
Pendedahan diberikan Mahbob tidak sia-sia apabila semua anaknya minat berniaga. Ternyata pengalaman adalah guru paling berharga kerana walaupun masing-masing mempunyai kelulusan, mereka sanggup berhenti kerja kerana minat mendalam dalam perniagaan.

Sebelum bergelar usahawan yang memperkenalkan kentang putar dari Korea Selatan ke negara ini, wanita kecil molek ini pernah melalui seribu satu macam rencah ketika berniaga.

Sejak kecil, pengarah Spring Potato (M) Sdn Bhd itu pernah menjual burger dan jambu batu di tepi jalan dan minyak wangi di asrama sewaktu menuntut di universiti.


Pada musim cuti sekolah, dia dan adik-beradik berniaga air tin, jambu batu dan lampu di tempat yang sering menjadi tumpuan warga kota dan pelancong.


“Kami dibesarkan dalam keluarga sederhana. Saya melihat kecekalan ayah dan ibu berniaga serta jatuh bangun perniagaan mereka.

“Ayah pernah mengusahakan kedai runcit tetapi apabila kedai itu dimasuki pencuri, kami bertukar ganti menjual pelbagai barangan di depan rumah, antaranya nasi lemak, durian, manggis, rambutan dan yong taufu.

Untuk melatih kami menjadi peniaga, ayah meletakkan barang dan kemudian meninggal­kan kami menguruskan sendiri.

“Ayah tidak memberi kami kebebasan untuk keluar atau bersosial dengan rakan tetapi jika hendak berniaga, cepat saja dia bagi lampu hijau.

“Kami bukan berniaga besar-besaran tetapi ayah mengajar kami berniaga, berdepan kerenah pelanggan, cepat memulang­kan wang baki selain mengajar kami erti ketabahan.

“Saya dan adik beradik pernah dikejar penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana berniaga tanpa lesen.

“Ketika membantu ibu (Zaharah Rashid, 51) menjual cendol di Setapak, ada pelanggan marah dan memberi komen air batu dalam cendol terlalu besar hingga kalau baling kambing pun boleh mati.

“Komen pelanggan itu kami terima dan perbaiki kelemahan yang ada. Apabila pelanggan semakin ramai, kami kembang­kan perniagaan dengan menjual asam pedas,” katanya.

Bagaimanapun, mereka terpaksa menutup perniagaan selepas enam bulan berniaga kerana pemilik gerai meminta kembali lokasi berkenaan.

Bekas perunding kewangan itu berhenti kerja biarpun baru enam bulan makan gaji kerana ingin menumpukan perhatian pada perniagaan kentang putar selepas mendapati produk itu mendapat sambutan hangat masyarakat negara ini.

Produk terbaru kentang yang diperkenalkan Marini dibawa masuk ke negara ini selepas dia mengikut suami, Haikal Jin Won Abdullah pulang ke Seoul, Korea Selatan untuk melawat ibu Haikal.

“Di Seoul, saya melihat ramai peniaga menjual kentang yang unik dan menjadi tumpuan pelanggan. Saya tertarik dengan produk berkenaan tetapi ketika itu tidak terfikir untuk mempopularkannya di Malaysia.

“Apabila pulang ke tanah air, baru saya tergerak hati untuk menjadikan ia satu perniagaan,” katanya yang memulakan perniagaan pada Julai 2009.

Bermodal RM5,000 untuk membeli mesin pemutar kentang dan cukai import dari Korea Selatan, Marini dan suami memulakan langkah pertama dengan berniaga di Bukit Jalil ketika perlawanan persahabatan Manchester United dengan skuad kebangsaan.

“Awalnya tiada konsep diketengahkan, sebaliknya saya cuma membuka meja lipat. Ayah memberi dorongan, katanya, saya sudah mengeluarkan modal, ja­ngan takut-takut untuk berniaga,” katanya.

Sambutan di luar dugaan apabila 10 guni kentang yang dibawa, terjual dalam tempoh tiga jam. Dia mula bersemangat meneruskan perniagaan dan menumpang berniaga di tapak gerai pasar malam milik bapanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Waktu itu, saya cuma ambil ruang kira-kira satu kaki (0.3 meter) dengan memacakkan kentang putar pada bekas khas. Produk baru ini menarik perhatian orang ramai untuk mencuba. Saya berniaga dari jam 12 te­ngah hari hingga 10 malam dan dalam tempoh itu, berguni-guna kentang habis hingga kadangkala tidak sempat makan,” katanya.

Sekelip mata, kehidupannya berubah. Dalam tempoh dua bulan pertama, Marini dan suami mampu membeli kereta dan semakin yakin untuk memperluaskan pasaran produk berkenaan ke pasar malam dan karnival.

Mengimpikan perniagaan lebih besar, Marini mengeluarkan duit poket sendiri dan bantuan adik-beradik sebanyak RM40,000 untuk membuka syarikat. Modal berkenaan digunakan untuk membeli mesin pemutar kentang, kereta tolak, perasa dan tepung.

Marini yang juga pengedar sah menjual mesin pemutar kentang di Malaysia mula menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai dengan konsep di bawah jenama Spring Potato.

Rakan niaga Spring Potato dibekalkan dapur untuk menggoreng, kereta tolak, mesin pemutar kentang, pakaian seragam, topi dan apron serta gerai bersama perisa dan tepung untuk menggoreng.

Sehingga kini, Spring Potato mempunyai 70 rakan niaga di seluruh negara yang mengambil barangan secara berterusan. Mensasarkan 150 rakan niaga tahun ini, syarikat turut membuka cawangan di Ampang Park dan Mydin Melaka.

“Tahun lalu, kami mengembangkan pasaran produk ke pasar malam dan tahun ini kami mensasarkan pembukaan kios di pasar raya hiper Tesco dan pusat beli-belah Jusco,” katanya yang akan membuka kios Spring Potato di Tesco di Kedah, bulan depan.

Menurutnya, perniagaan Spring Potato bukan setakat menjual kentang putar, tetapi turut diperluaskan kepada makanan Korea halal dan tempatan dengan pembukaan restoran Spring Potato. Selepas pembukaan restoran pertama Spring Potato di Batu Caves, Marini meninjau lokasi strategik lain di Lembah Klang seperti Jalan Masjid India dan Damansara.

“Spring Potato juga memberi peluang perniagaan dengan pakej istimewa dan harga berpatutan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pesara, lepasan siswazah dan ibu tunggal.

“Selain itu, kami mengalu-alukan usahawan yang berminat melabur bagi membuka restoran Spring Potato dalam usaha membuka lebih banyak restoran ini,” katanya.

p/s: Spring Potato telah memberi peluang pekerjaan kepada 12 orang OKU dari PDK Selayang dengan proses penyediaan lidi dan pembungkus spring potato tersebut.
p/s: OKU = Orang Kurang Upaya;


Orang Kelainan Upaya digunakan oleh indonesia sahaja, maknanya pun tak sama dengan Malaysia.

No comments: