Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, February 13, 2011

OKU : Usaha berharga yang patut dicontohi oleh OKU lain.

Mungkin ramai pengunjung kawasan perniagaan di Jalan Masjid India berhadapan dengan Wisma Yakin dan Masjid India, kenal akan pemuda ini.


Sedang melakukan jualan kerepek/keropok
 Pemuda OKU ini berumur 38 tahun tinggal bersama adik perempuannya yang telah berkahwin di Batu Lima Jalan Ipoh selepas ibubapanya meninggal dunia.

Tanpa kelulusan yang tinggi, tidak banyak pekerjaan yang boleh dilakukan, bahkan OKU yang berpelajaran tinggi pun ramai yang tidak dapat pekerjaan atau gagal mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan.

Oleh itu pemuda ini hanya boleh berniaga dengan menjaja kerepek/keropok yang dibantu bungkus oleh oleh adik tiap-tiap hari, dengan menaikki komuter seawal jam 9 pagi dari stesyen Kg Batu dan turun di Stesyen Kuala Lumpur. Kemudian perlahan-lahan bergerak dengan kerusi rodanya ke Jalan Masjid India. Beliau memerlukan 45 minit hingga satu jam untuk sampai ke destinasi tersebut.

Tiap-tiap hari beliau akan membawa antara 40-50 bungkus kerepek/keropok tersebut untuk jualan pada harga RM1.00/bungkus. Modal untuk sebungkus kerepek/keropok tersebut adalah antara RM0.50-RM0.60 bergantung kepada jenisnya.


Gembira selepas semua jualannya laris.
 Tinjauan selama 20 minit pada 29hb Januari 2011 sekitar jam 5 petang mendapati 5 dari enam bungkus kerepek/keropok terakhir telah dibeli oleh orang ramai. Melalui perbualan dengan beliau, sebanyak antara 30-40 bungkusan boleh dijual dari jam 10 pagi hingga 5 petang. jualan akan berkurangan bila hari hujan.

Beliau akan bergerak balik pada sekitar jam 6 petang dan akan tiba dirumah adiknya sekitar jam 8 malam. Begitulah rutin harian yang perlu dilaluinya untuk berdikari disamping membantu adiknya membayar sewa rumah yang ditumpanginya.

Beliau merancang untuk menunaikan haji pada masa hadapan melalui simpanan Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

1 comment:

eelobor said...

bro temuramah dia sendiri ek? amat respek la pada dia kerana sanggup berusaha. malu la mereka yang mempunyai cukup sifat tapi asyik dok meminta2 tanpa nak berusaha. alasan miskin takde duit. tulang 4 kerat untuk aper?