Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, February 28, 2011

Mesir : Kedah taja kos pulang, wang saku pelajar

p/s: Bukan negeri pertama berbuat demikian, Melaka negeri pertama buat pengumuman dan kemudian MARA pula berbuat demikian untuk pelajar tajaannya.

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menaja kos penerbangan pulang selain memberi wang saku RM500 seorang kepada lebih 800 pelajar Kedah di Mesir yang pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid 3 hingga 11 Februari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan negeri sudah menyewa tiga kapal terbang Egypt Air untuk membawa pulang kumpulan pelajar berkenaan menerusi empat penerbangan bermula 5 hingga 10 Mac ini dengan kos keseluruhan bernilai RM2.5 juta. Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan tiga bas untuk membawa kumpulan pelajar yang akan berkumpul di Dataran Wisma Darul Aman sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum diterbangkan ke Kaherah. “Perkara ini akan diuruskan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bermula 5 Mac ini dengan setiap penerbangan membawa kira-kira 222 pelajar selain memberi wang saku RM500 kepada mereka.

“Semua pelajar berkenaan boleh mendaftar di YINK untuk menyemak tarikh penerbangan masing-masing dan mengambil wang saku berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Pelajar Kedah di Mesir di sini, semalam.

Azizan berkata, Kerajaan Kedah menjadi kerajaan negeri pertama yang melakukan penghantaran terus pelajarnya ke Kaherah tanpa perlu ke Jeddah, bagi memudahkan urusan pelajar terbabit.

“Justeru, kita berharap selepas ini semua pelajar Kedah di Mesir supaya mendaftar dengan YINK kerana ia penting bagi memudahkan tindakan sekiranya berlaku konflik dan ketegangan di negara berkenaan,” katanya.

Azizan berkata, pelajar tajaan MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikecualikan daripada menerima tajaan kos pulang ke Mesir berkenaan kerana dua agensi berkenaan sudah menyediakan perancangan untuk pelajar tajaan mereka.

Difahamkan, secara keseluruhannya seramai 1,116 pelajar Kedah menuntut di Mesir.

No comments: