Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Sementara Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, December 16, 2010

Kesalahan tetap Kesalahan: Tiada Diskaun untuk OKU.

Padah hantar SMS ugutan bunuh


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihukum denda RM1,000 di Mahkamah Majistret, semalam selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan bunuh terhadap rakannya, dua tahun lalu.

Majistret Zulkipli Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Rizal Ahmad Zailan, 30, yang mengalami masalah pendengaran mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Beliau turut memerintahkan Rizal dikenakan satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Isterinya yang hadir pada prosiding turut menangis ketika hukuman itu dijatuhkan terhadap suaminya yang nampak tenang. Rizal yang menggunakan alat bantuan pendengaran didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Khairul Shafri Abdul Aziz, 26, dengan menghantar SMS berbunyi ‘Ahh berlagak ar tu, aku akan bunuh kau juga haha, aku datang senyap2 ar ko tunggu je ar!, kaw anak haram!’. SMS itu dihantar di sebuah rumah 494-16, Jalan Kampung Bandar Dalam, di sini, pada jam 6.45 pagi, 28 April 2008. Dia yang berkerja sebagai penghantar surat didakwa melakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pengajaran:

  1. Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK, jadikan ini satu iktibar supaya kita melatih Pelatih-Pelatih PDK dalam menjalani program program mengikuti Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Negara.
  2. Tetapi biasanya OKU akal (IQ bawah 70) jarang berdendam.

No comments: