Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, December 1, 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Unified Team PDK-PDK Daerah Gombak 2010.

Gabungan PDK-PDK Daerah Gombak telah berjaya menjalankan Kejohanan Bowling Special Olympics Unified Team PDK-PDK Daerah Gombak 2010 pada 28hb November 2010 (Ahad) bertempat di Wangsa Bowl Kompleks Selayang Mall. Kejohanan tersebut bermula pada jam 1:00 petang dan tamat pada jam 5:30 petang.

Kejohanan ini dikenali sebagai Unified Team dalam Special Olympics kerana ia menggabungkan atlet SO bersama-sama dengan pemain biasa dalam satu team. Setiap team berempat akan mempunyai seorang atlet SO dan tiga orang lagi terdiri dari ibubapa/keluarga, Penyelia dan Petugas PDK serta Pegawai JKM Daerah Gombak.

Sebanyak 26 team telah mendaftarkan diri menjadikan seramai 26 atlet SO berganding bersama-sama 78 orang pemain biasa, dan keseluruhannya seramai 104 orang telah bertanding.

Kejohanan telah dirasmikan oleh Encik Ishak Muhamad iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Beliau bersama-sama dengan Encik Saimi Norbek turut bertanding untuk memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Encik Ishak, dalam ucapannya, amat berbesar hati kerana Daerah Gombak telah berjaya mengadakan program dan aktiviti yang melibatkan ramai OKU, ibubapa/keluarga dan lain-lain anggota masyarakat.

Jatuhan pin dari keempat-empat pemain dalam team tersebut akan dicampurkan dan team yang mempunyai jatuhan pin tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Sebanyak 5 set hamper disediakan untuk pemenang-pemenang, dua hamper untuk pemain lelaki dan perempuan dengan jatuhan pin tertinggi dan 8 hamper cabutan bertuah disediakan. Hamper cabutan bertuah telah disumbangkan oleh Puan Nur Fariza Ahmad Sabhe dan Puan Anizawati Jamian.

Wangsa Bowl menaja pin bowling hiasan sebagai cenderahati kepada Encik Ishak Muhamad yang telah sudi merasmikan kejohanan tersebut. Pin tersebut akan disimpan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak.

Kejohanan tersebut telah di Pengerusikan oleh Puan Hajjah Zaharah Ali, Penyelia PDK Taman Seri Gombak dan Penasihat adalah Encik Saimi Norbek. Urusetia kejohanan diketuai oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang sementara Pegawai Teknikal Kejohanan ialah Encik Mohd Yusof Tawil dan Puan Suhaila Abdul Manap, Penyelia PDK Hulu Kelang.

Kejohanan ini merupaka program sukan yang ketiga dianjurkan secara kerjasama dari PDK-PDK Daerah Gombak iaitu yang pertama; Pertandingan Bocce Special Olympics Daerah Gombak yang telah diadakan pada 1hb Ogos 2010, yang kedua Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak pada 20hb Oktober 2010 dan yang terbaru ialah kejohanan ini.

No comments: