Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, October 21, 2021

Perkongsian: Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti

Khamis, 14.10.2021....

Sedikit perkongsian mengenai PDK....

.....Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti.....

Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dengan dunia PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) mungkin pernah melihat dua buah buku Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti ini:

Yang pertama: (sila rujuk gambar) Buku Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti berwarna Ungu, buku ini merupakan garis panduan KEDUA yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dicetak dan diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor pada tahun 2002, dan mula digunakan pada tahun 2003. Buku ini diwujudkan selepas rombongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat beberapa kali  melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (PDK Selayang) dan mungkin beberapa PDK lain untuk mendapatkan maklumat apakah yang perlu diisi dan apakah kandungan panduan yang perlu digariskan di dalam buku tersebut. Antaranya ialah borang-borang yang digunakan di PDK Selayang dan rekod-rekod yang digunakan di PDK Selayang dan apakah panduan pengurusan PDK Selayang yang dijalankan oleh satu Jawatankuasa adhoc seramai 13 orang yang dilantik oleh ibubapa kepada Kanak-Kanak Istimewa (panggilan untuk Orang Kurang Upaya pada zaman tersebut sehingga diubah kepada OKU pada tahun 2006) di dalam satu mesyuarat tahunan yang diadakan dengan dihadiri oleh wakil dari JKM (biasanya akan dihadiri oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) sendiri, sebelum jawatan Pegawai Penyelaras PDK diwujudkan pada tahun 2003).
Kandungan buku garis panduan tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian 1: Jawatankuasa PDK, Bahagian 2: Pekerja PDK manakala Bahagian 3: Borang-borang dan rekod-rekod. Dari semakan yang dibuat terdapat sebanyak 17 borang-borang dan rekod-rekod yang digunakan di/oleh PDK Selayang telah dimuatkan kedalam buku garis panduan tersebut.

Yang kedua: (sila rujuk gambar) Buku Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti berwarna Jinga dan Ungu, buku ini merupakan garis KETIGA yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang dicetak dan diterbitkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang diluluskan penggunaannya pada November 2011 selepas lebih 4 tahun mesyuarat dan perbincangan penambah-baikkan Garis Panduan Pemulihan Dalam Komuniti yang diadakan pada 17-20 Julai 2007 di Johor Bahru. Pada Mesyuarat tersebut Pdk Selayang diwakili oleh Pengerusi PDK Selayang pada masa tersebut iaitu Allahyarham Dato' Dr Haji Azhari Md Salleh (meninggal dunia pada 2021), Naib Pengerusi II PDK Selayang iaitu Tuan Mohd Yusof Tawil dan Penyelia PDK Selayang iaitu Puan Noraini Othman (di peringkat JKM jawatan Penyelia di PDK hanya diwujudkan pada Februari 2008, manakala diperingkat PDK Selayang jawatan Penyelia telah diwujudkan oleh Jawatankuasa PDK Selayang pada tahun 1996, 12 tahun lebih awal lagi). Kandungan garis panduan ketiga tersebut masih mengekalkan 3 bab atau bahagian dengan beberapa penambah-baikkan di ketiga-tiga bahagian.

Persoalannya; jika ada yang kedua dan ketiga, pasti ada yang PERTAMA, tetapi DIMANAKAH  garis panduan PERTAMA Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti.......?

Saya percaya lebih 97% Jawatankuasa PDK dan lebih 98% Petugas PDK TIDAK PERNAH MELIHAT KITAB PERTAMA Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti itu.

Saya tinggalkan persoalan ini disini, supaya mereka yang pernah mengetahui, melihat atau mungkin menggunakan Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti yang pertama itu, tampil, untuk berkongsi dengan kita bentuk, rupa dan isi kandungan KITAB PERTAMA PDK tersebut.....

(Garis Panduan Pengurusan Pemulihan Dalam Komuniti yang pertama ini merupakan KHAZANAH yang tidak ternilai di PDK Selayang)

No comments: