Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Wednesday, September 10, 2014

1st CBR ASEAN Conference 2014, Kuala Lumpur.

CBR Network Malaysia akan mengadakan 1st CBR ASEAN Conference 2014 di Kuala Lumpur pada:

Tarikh: 17-19hb September 2014
Tempat: Level 14, Berjaya Times Square,  Jalan Imbi , 55100 Kuala Lumpur

Peserta-Peserta Antarabangsa adalah terdiri dari negara Asia Tenggara iaitu, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia Kampuchea, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Juga terdapat peserta dari Timor Leste.

Peserta-Peserta Tempatan pula terdiri dari Pegawai-Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa-Jawatankuas PDK dan Penyelia-Penyelia PDK serta Petugas-Petugas PDK.

Yuran untuk peserta antarabangsa ialah sebanyak USD250/RM775.00; Pendaftaran semasa persidangan pula adalah USD300.00/RM930.00.

Yuran untuk peserta tempatan pula adalah RM500.00 dan pendafyaran semasa persidangan pula adalah RM550.00

Perasmian Pembukaan Persidangan akan dilakukan oleh Y. Bhg. Datuk Norani Haji Mohd Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada 17hb September 2014 jam 9:00 pagi

Sementara Perasmian Penutup pula akan dilakukan oleh YB Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia pada 19hb September 2014jam 11:00 pagi



No comments: