Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, April 13, 2014

'Keajaiban' baharu untuk pesakit lumpuh

'Keajaiban' baharu pesakit lumpuhDari kiri Andrew Meas, Dustin Shillcox, Kent Stephenson dan Rob Summers, empat pesakit pertama yang menjalani rawatan kecederaan saraf tunjang melalui 'implan epidural.' - Foto AFP
Empat lelaki gerakkan kaki selepas arus elektrik rangsang otot 

New York: Empat lelaki yang lumpuh dari dada ke bawah lebih dua tahun dan diberitahu mereka tiada harapan untuk pulih, berjaya menggerakkan kaki masing-masing 'meskipun belum boleh berjalan' selepas sejenis alat yang mengeluarkan arus elektrik dimasukkan ke dalam tulang belakang mereka, demikian menurut laporan penyelidik. 
Menurut saintis, kejayaan itu meskipun hanya membabitkan bilangan kecil pesakit, memberi harapan bahawa kaedah asas perubatan baru yang mungkin boleh membantu ramai daripada enam juta rakyat Amerika yang lumpuh, termasuk 1.3 juta yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Malahan, bagi mereka yang kes ditafsir sebagai tiada harapan dan tidak diberikan program pemulihan lanjut mungkin akan mendapat faedah daripadanya. 

Kini terdapat potensi lebih besar pesakit kecederaan saraf tunjang untuk pulih” Susan Harkema, Pakar Neurologi KSCIRC

Keputusan itu juga merungkai keraguan mengenai andaian utama kecederaan saraf tunjang, bahawa rawatan memerlukan pakar neurologi kecederaan untuk menumbuhkannya semula atau menggantikannya dengan sel stem.

Kedua-dua pendekatan terbukti sukar dan dalam kes sel stem, ia mencetus kontroversi.

“Mesej utama di sini ialah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang seperti ini tidak lagi perlu beranggapan bahawa mereka mengalami lumpuh sepanjang hayat,” kata Pengarah Institut Kebangsaan Bio-Kejuruteraan dan Bio-Perubatan, Institut Kesihatan Kebangsaan, Dr Roderic Pettigrew.

“Mereka boleh mencapai tahap reaksi yang dilakukan sendiri,” yang disifatkannya ‘penemuan penting’ dalam penyelidikan kecederaan saraf tunjang. 
Harapan pulih

Pakar Neurologi Pusat Penyelidikan Kecederaan Saraf Tunjang Universiti Louisville Kentucky (KSCIRC), Susan Harkema, yang mengetuai penyelidikan baru itu berkata: “Satu daripada perkara utama yang dibuktikan daripada penyelidikan ini ialah kini terdapat potensi lebih besar pesakit yang menghadapi kecederaan saraf tunjang untuk pulih meskipun tanpa simulasi elektrikal.” 

Penyelidikan itu berasaskan kepada kes seorang pesakit lumpuh yang dilaporkan oleh pasukan Harkema pada 2011. 

Bintang bola lisut kolej, Rob Summers mengalami kecederaan dalam kes kemalangan langgar lari pada 2006, yang menyebabkan dia lumpuh dari leher ke bawah.

Implan ‘arus elektrik’

Pada akhir tahun 2009, Summers menerima ‘implan epidural’ betul-betul di bawah tempat yang cedera. Alat seberat 72 gram itu mula mengeluarkan arus elektrikal pada frekuensi dan kekerapan berbeza yang merangsang neuron di saraf tunjang. Tiga hari kemudian dia boleh berdiri sendiri dan pada tahun 2010, dia mula membuat langkah pertamanya.

Harkema berkata, beliau dan pasukannya tidak menaruh harapan besar kepada dua lagi pesakit. 

Kent Stephenson, yang lumpuh akibat kemalangan motocross pada tahun2009 ketika berusia 21 tahun dan selepas berbulan-bulan dirawat di Colorado, berkata: “Mereka kata saya tidak akan boleh menggerakkan kedua-dua kaki sehingga bila-bila, tiada harapan.”

Bagaimanapun 11 hari selepas menerima simulator RestoreAdvanced, Stephenson berjaya menggerakkan kaki kirinya yang lumpuh ketika beliau baring. - REUTERS

No comments: