Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, April 13, 2014

Bersukan Sambil Beramal : Jom Sertai UKM Mountain Bike Charity Challenge 2014

Kuala Lumpur: Bagi peminat sukan basikal bukit, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil dengan pertandingan terbaru, UKM Mountain Bike Charity Challenge 2014 yang bakal berlangsung di Dataran Gemilang UKM, 11 Mei ini.
Bekas pelumba basikal kebangsaan, Mohd Hardi Razali yang juga Pengarah Teknikal UKM Mountain Bike Charity Challenge 2014 berkata, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (36 kilometer), Terbuka Wanita (24 kilometer), Lelaki Junior Bawah 17 Tahun (30 kilometer), Veteran Junior - 35 hingga 40 Tahun (24 kilometer) dan Veteran Senior - 41 tahun ke atas (18 kilometer).
“Kali ini, walaupun menggunakan basikal bukit, peserta dikehendaki berlumba di jalan biasa dan perlumbaan akan dijalankan di Dataran Gemilang UKM.
Setiap pusingan di dataran berkenaan adalah sejauh 6 kilometer dan peserta perlu melengkapkan pusingan yang ditetapkan selaras dengan kategori disertai.
“Spesifikasi basikal bukit yang dibenarkan ialah standard saja dan penggunaan tayar kecil tidak dibenarkan.

Mereka yang berminat menyertainya hendaklah membuat pendaftaran menerusi talian dan perlu menunjukkan resit bayaran ketika mendaftar,” katanya.
Mohd Hardi berkata, yuran penyertaan bagi setiap kategori ialah RM40 dan semua peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang ditetapkan penganjur manakala tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Mei.
Antara syarat penyertaan ialah setiap peserta perlu mengenakan topi keselamatan dan nombor pada basikal masing-masing serta peserta tanpa lesen UCI juga dibenarkan untuk turut serta.
“Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM500 yang tidak akan dikembalikan jika bantahan berkenaan tidak diterima,” katanya.
Beliau berkata, sebahagian daripada yuran penyertaan akan didermakan kepada Persatuan Warga Emas Hulu Langat, Pusat Autisme dan Tabung Kewangan Pelajar Sukan UKM.
Bagi yang berminat boleh menghubungi Pengurus Projek Mohd Nor Ridzwan Dollah di talian 012-6731616 atau Mohd Hardi (012-2610559).

No comments: