Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, January 2, 2014

PDK Selayang Hadiri Jemputan Majlis Sambutan Tahun Baru 2014 PPP

Seramai 15 orang Pelatih OKU dari PDK Selayang, 20 orang anak yatim dan 40 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari PDK Selayang dengan diiringi oleh 6 orang Petugas PDK dan 2 orang volunteers telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan pada 1hb Januari 2014 bermula jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang, bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Mereka didatangkan dengan dua buah bas dari Selayang dan disediakan tempat duduk khas (meja khas).


Majlis tersebut dihadiri bersama tetamu istimewa iaitu Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Isteri, Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin dan isteri, Pengerusi PPP Dato' M Kayveas dan isteri serta Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengk Adnan Tengku Mansor dan isteri.


Sebelum majlis tamat, Pdk Selayang menerima 2 hamper sumbangan penganjur dan disampaikan oleh Mantan Perdanan Menteri kepada dua orang Petugas PDK iaitu Encik Mohd Shah Rizal dan Puan Siti Khalima Jamil, begitu juga semua Pelatih OKU dan dan anak yatim serta anak kurang bernasib baik menerima ang pow tahun baru dari penganjur yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Seri Muhyiddin Yassin.









































No comments: