Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Thursday, December 26, 2013

Miskin Terhormat : Walau Miskin, Bersyukur dan Muhasabah Diri.

Miskin terhormat.. bersyukur dan muhasabah diri.





MISKIN TERHORMAT 

Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) 
dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. 

Kerjanya seorang penarik beca sahaja. 

Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa 
yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca. 
Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa 
bersyukur. 
Dalam masa yang sama, tak lupa perhati 
di 
atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam 
tak ada orang lain lebih hebat dari kita. Saya berbual 
dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit 
sahaja. 

Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau. 
Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana 
beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini 
sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu 
difahami sedikit sebanyak. 

Menariknya, anak sulong 
Hateem sedang dalam 
pengajian di universiti dalam 
bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak 
bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang 
bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian. 

Lagi 
terpukul; 

Beliau mahu anaknya di universiti itu 
keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun 
dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada 
kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk. 

Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya 
pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak 
pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja 
dengan penaja mereka. 

Jawapan beliau membuat 
saya terpukul...
beliau biayai pengajian anaknya sendiri. 
Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-
anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak 
terikat. 

Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti 
kini 
menjadi idola dan memberi inspirasi kepada 
rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya. 

Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer 
tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika 
tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya 
untuk setiap rupees yang dibelanjakan. 

Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, 
tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah. 
Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, 
pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau 
sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan 
beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu. 

BINGGO!! 

PENDIDIKAN JALAN KELUAR 

KEMISKINAN 

bukannya subsidi ataupun 

BR1M (mohon terasa). 


 Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 
10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa 
yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja 
sebagai pemunggah barang sementara menunggu 
pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task. 

Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik 
hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan 
sederhana di sekitarnya. 

Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat 
perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang 
dibawa dari rumah. 

Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual 
(itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum 
sekali). Bijak juga orang ini mencari 
ruang rezeki dan tidak membazirkan masa. 

Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah 

"Hidup untuk cari penyelesaian 

bukan mencari alasan". 

Baik...itu ilmu dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak 
semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau 
professor. 
Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak 
gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka 
mulut berbual dengan mereka? 

Di sudut hati saya memikirkan, 
alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun 
tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap 
negara di landasan yang betul untuk jadi negara 
maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga 
ada yang ala-ala "Inspektor Shahab" punya korup.
 
Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang 
yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan 
penyelesaian dan bukan alasan. 

Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita 
rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi 
teruk...mesti akan buat kita rasa bersyukur. 

Kita ni, PTPTN pun kalau boleh 
taknak bayar semula. 

Bila kerja nanti pula lari-lari 
bayar cukai. 

Bila tak puas hati sahaja 
dengan pemerintah, dialah 
orang pertama yang 
memperjuangkan nasib 
pembayar cukai (dia sendiri 
pun tak bayar). 

Jika hari ini kita masih mampu:

> Bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, 

> Bayar UNIFI sampai 150, 

> Sewa rumah kondo sampai beribu, 

> bayar loan kereta sampai RM4000-5000,

> dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi 
Sunway Lagoon, 

rasanya KITA hilang layak nak 

mengeluh dan menuding 

jari pada orang lain. Fikirkan 

penyelesaian bukan siapa nak 

disalahkan. 

Kalau cerita ini tidak 

membuatkan anda (orang yang 

mengeluh kesah dengan hidup) 

tidak rasa malu, saya rasa anda 

tak ada kemaluan (kalau ada 

pun, mungkin tak boleh pakai). 

No comments: