Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Tuesday, March 26, 2013

Special Olympics Malaysia 11-A-side Unified Team Soccer 2013.


Special Olympics Malaysia 11-A-side Unified Team Soccer 2013.

Special Olympics Malaysia (SOM) dengan kerjasama dari Asia Football Confederation (AFC) akan mengadakan kejohanan di atas pada:

Tarikh: 9hb-14hb April 2013.
Tempat: German Malaysia Intitute (GMI) Bangi.

Sebanyak 5 pasukan akan mengambil bahagian iaitu:

1. SO Labuan.
2. SO Selangor.
3. SO Kuala Lumpur.
4. SO Perak.
5. SO Kedah.

Setiap pasukan yang bertanding mesti membariskan seramai 9 orang atlet/pemain OKU (Intellectually Disabled) dan 7 orang pemain biasa (dikenali sebagai partners).

Mereka akan bermain selama 1 jam (30 minit untuk setiap separuh masa). Antara syarat-syarat lain ialah:

  1. Penjaga Gol mestilah di kalangan OKU termasuk penjaga gol kedua.
  2. Hanya 6 atlet/pemain OKU boleh berada dalam permainan dan hanya 5 pemain normal (partners) boleh berada dalam permainan setiap masa.
  3. Semua pemain mesti diturunkan untuk bermain.
  4. Lain-lain Undang-undang dan Peraturan-Peraturan permainan adalah mengikuti peraturan permaian seperti yang dikeluarkan oleh FIFA.
  5. Kasut bola yang dibenarkan kasut/boot bola dengan 13 tungku (studs) dan studs mestilah dari jenis rubber/plastic sole. Penggunaan metal/iron sole adalah dilarang.
  6. Setiap pasukan akan diiringi oleh 4 orang pengiring (Jurulatih) dan seorang pegawai.
  7. Sistem permainan ialah Round Robin yang mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 4 kali.
Jadual/Jumlah Permainan adalah seperti berikut:

4 permainan pada 10hb April 2013.
4 permainan pada 11hb April 2013.
2 permainan pada 12hb April 2013.

Masa perulaan setiap permainan adalah:

1. 8:30 - 9:40 pagi
2. 10:00 - 11:10 pagi
3. 3:00 - 4:10 petang.
4. 4:30 - 5:40 petang.

Kepada peminat bolasepak, adalah dijemput untuk menyaksikan kejohanan tersebut. 

MASUK ADALAH PERCUMA

No comments: