Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Friday, January 11, 2013

Khasiat Embun Pagi

Menurut perubatan tradisi orang-orang Melayu, air "Embun" merupakan air yang berkat lagi mujarab.

Ia diturunkan dari langit secara lembut dan pelahan-lahan. Orang Melayu pernah menamakan "Embun Jantan" kepada embun yang turun di tengah-tengah malam dimana butiran agak kasar.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran surah Qaaf ayat ke-9 "Dan Kami menurunkan dari langit akan air yang berkat." (Qaaf:9)

Embun-embun ini dikala paginya, kita dapat saksikan masih berada di daun-daun pokok dan dihujung-hujung rumput dan semasa matahari sedang memancarkan cahayanya, kelihatan cahayanya bersinar-sinar seperti permata berlian, malah dijumpai pula "Geliga Embun" yang juga mempunyai khasiat.
Ini adalah kurniaan Allah S.W.T kepada kita, makhluknya yang termulia.

Menurut ilham yang diperolehi orang-orang tua yang soleh, air embun merupakan sejenis penawar dan mempunyai daya (energi).
Petua orang tua dulu-dulu akan keluar ke perkarangan rumah atau ditepi-tepi jalan dan menyapukan muka, lengan, siku dan betis mereka supaya segar dan kuat bertenaga.

Didalam hukum Fiqh Islam, air embun adalah antara jenis-jenis air yang boleh dan harus digunakan untuk berwuduk.

Mungkin ramai yang tidak mengenai pokok bemban. Untuk pengetahuan anda, pokok bemban merupakan pokok yang mempunyai daun tunggal dan berbatang bulat halus. Dalam pucuk pokok ini didapati kaya dengan air embun pagi yang jernih dan jernih. Air ini kerap digunakan oleh nenek-nenek kita sebagai air pencuci mata dan penenang jiwa.

Bacalah Bismillah dan berselawat kepada Junjungan Kekasih Kita Nabi Muhammad S.A.W dengan ikhlas

No comments: