Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Sunday, June 24, 2012

CBR Network Malaysia : Persembahan 'The Epos of Solitude" amat berjaya dan penuh bermakna.


'The Epos of Solitude' itulah tajuk persembahan yang dijayakan oleh CBR Netwoek Malaysia.


Kejayaan tersebut bukanlah kejayaan CBR Network Malaysia semata-mata, tetapi ia juga merupakan kejayaan beberapa PDK yang mengambil bahagian dalam persembahan tersebut iaitu:

  1. PDK Selayang;
  2. PDK Rawang;
  3. PDK Hulu Kelang;
  4. PDK Sungai Buloh;
  5. PDK Seri Cahaya, Ijok; dan
  6. PDK Kuala Selangor.
Kesemua PDK di atas telah menyediakan beberapa pelatih OKU dan Petugas PDK dalam menjayakan persembahan tersebut.

Selain itu, mereka juga disertai oleh remaja-remaja dari PPRT Rimba Jaya, Shah Alam, termasuk beberapa OKU individu dari Kajang, Semenyih dan Cheras.

Keseluruhannya, seramai 35 orang OKU mengambil bahagian dalam persembahan tersebut dibantu oleh 20 anggota persembahan tambahan dan 15 orang krew bertungkus-lumus dalam memastikan kejayaan persembahan tersebut. Mereka semua bertugas secara sukarela.

Mereka dilatih oleh Encik Shahrin Hamid dan beberapa rakannya seperti Encik Nur Muha Aziz, Encik Zaki dan beberapa orang lagi.

Persembahan telah diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama dua malam iaitu pada 8hb dan 9hb Jun 2012 (Jumaat dan Sabtu) bermula jam 8:30 malam.

Persembahan kedua-dua malam tersebut adalah ditaja oleeh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Seramai hampir 400 orang penonton telah hadir pada malam pertama, antaranya Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Encik Harjit, Pegawai Penyelaras PDK Malaysia Encik Sulaiman Ismail, Dato' Shah Reza dan beberapa Ahli Jawatankuasa Ikatan (DBKL).

Presiden CBR Network Malaysia iaitu Puan Hajjah Noor Yasmin Abdul Karim telah menyampaikan ucapan alu-aluan pada malam tersebut.


Pada malam kedua, adalah dianggarkan seramai 550 orang penonton telah hadir menyaksikan persembahan tersebut. ini termasuklah Tan Sri A Samad Said, Datuk Hajjah Shamsiah dan Datin Paduka Hajjah Khatijah Suleiman.

Beberapa sukarelawan/sukarelawati juga turun membantu sebagai 'usherer' pada kedua-dua malam tersebut.



No comments: