Latar Belakang PDK Selayang

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) "tidak boleh belajar". Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 102 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama: OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan: Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP: 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional): 5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 5:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota: 5 hari/minggu; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan: 3 hari/minggu 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja: 4 hari/minggu; Isnin-Jumaat kecuali Khamis; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah: 2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm).

Program Rumah Kelompok (Lelaki): menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja.

PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa/penjaga OKU.

PDK Selayang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr Haji Azhari Md Salleh, dengan kekuatan Jawatankuasa seramai 13 orang.

Seramai 15 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, 8 orang Petugas PDK, 3 orang Pakar Pemulihan Perubatan, 1 orang Pemandu dan 3 orang Pembantu. 3 orang kakitangan PDK Selayang adalah dari kalangan OKU.

Friday, March 30, 2012

Ibubapa ANTARA PUNCA Anak Cacat

terima kasih kepada siti_btp........ yang sudi pinjamkan entri ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Tajuk entri kali ini betul2 buat aku terasa hati.....Betulkah aku penyebab anak aku cacat??? Adakah takdir yg menentukan segalanya..Apa ? mengapa ? kenapa? bermacam persoalan yg timbul dlm kotak pemikiranku..Tapi bagaimana pula dgn anak-anak yg sihat dilahirkan tapi cacat akibat kelalaian ibu bapa mereka..Adakah itu takdir ?? Aku cuba mengungkap persoalan ini melalui pengalaman yg aku lalui sewaktu di hospital dan PDK..

  Dalam mengejar kesibukan dunia dan arus metropolitan hari ini, semuanya mengejar masa ..Masa tak akan menunggu kita, wang dianggap segalanya keluarga diketepikan. Mempunyai anak2 kecil adalah satu cabaran besar..Adalah pulak yg menyalahkan aku nanti sebab aku tak kerja bolehlah cakap..Kalaulah aku kerja mungkin akan berlaku perkara sama juga..Walau apa pun ini adalah luahan suarahatiku shj ..

  Anak cacat disebabkan terjatuh dari motor, mungkin mengelakkan sesuatu kemudian membrek mengejut,anak terhumban ke depan,lantas bapanya tergilis anak tanpa disedari..Ini kisah benar seorang anak bernama Aiman(bkn nama sebenar) ..Di salah satu PDK tempat anak aku berada..

  Aku banyak melihat ibu atau bapa meletakkan anak mereka dlm bakul motor. Tujuan untuk membawa ke kedai berhampiran dan bersiar-siar..Ini meyeronokkan hati anak mereka setelah satu hari di tinggalkan utk bekerja..Tanpa disedari amalan ini mengundang bahaya terutamanya dikalangan anak2 berumur 2 thn ke bawah..

        Inilah yg terjadi pada Aiman, kedua-dua kakinya dipotong akibat kemalangan tersebut dan mengalami gegaran otak menyebabkan koma berbulan-bulan..Ketika itu dia berumur 2thn dan kini dia berumur 21 thn ,Aiman hanya mampu duduk di kerusi roda dan tidak boleh bercakap.Lebih malang lagi dia mengalami kecacatan akal dan tidak boleh urus diri....Memanglah dah tertulis dan ditakdirkan utknya ..Tetapi ibubapa perlu ambil iktibar di atas kejadian ini.Allah SWT memberi musibah adalah sebab kelalaian manusia itu sendiri..

  Anak cacat disebabkan demam panas, Ini pun salah satu punca anak cacat byk terdapat di PDK dan hospital..Akibat penat bekerja ibubapa menunggu esok utk membawa anak demam panas ke klinik atau hospital.Demam selalu dianggap penyakit biasa cukup bagi ubat paracetamol dan disuruh tidur ..Padahal jika dibiarkan boleh menyebabkan meningitis (jankitan kuman dlm otak),demam denggi berdarah,jangkitan kuman dlm paru2 dll hanya melalui demam shj. Kalau lambat di bawa hospital blh menyebabkan maut, koma dan terencat akal..

  Ini berlaku semasa Asraf di ICU pediatrik HKL dulu. Anak seorang guru terlantar koma selama sebulan di ICU yg sama hanya kerana demam dan di bawa ke hospital keesokan harinya setelah mulutnya berbuih(sawan).Apabila anak ini sedar dia mengalami kecacatan otak yg serius akibat oksigen tidak cukup masuk ke otaknya".Seorang anak yg petah berkata-kata dan penghibur keluarga", kata2 ibu tersebut .Ibunya hanya berserah kpd Allah SWT dan selalu berkata kalaulah masa blh diubah....Tolong! tolong ya! ibu ayah di luar sana kalau anak itu tak menangis dan tak byk kerenah bila demam tolong ambil perhatian ..

          Penggunaan Baby Walker utk mempercepatkan anak berjalan juga boleh menyebabkan anak cacat..Di saat ibubapa pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula menangis minta didukung dan di beri perhatian..Untuk mengalihkan perhatian anak diletakkan dlm baby walker dlm masa yg sama ibubapa blh berehat..Pengalaman di PDK tempat lama dulu, tak ingat nama kanak2 ni, hanya disebabkan tersungkur dari baby walker menyebabkan kerosakan tulang belakang dan lumpuh hingga akhir hayat ,juga mengalami gegaran otak (terencat akal).Pengunaan Walker ini memang diharamkan di negara2 maju...

            Anak terjatuh dari tingkap kereta yg di buka luas pun boleh menyebabkan anak cacat..Kadang2 benda ini dianggap remeh oleh ibubapa tapi inilah hakikat yg terjadi salah seorang pada kanak-kanak di PDK...Bapanya mengambil anak tersebut dari taska lalu memecut laju dgn tingkap terbuka sedangkan anaknya berdiri di tepi tingkap..Secara tiba2 dia membrek kereta dgn mengejut untuk mengelakkan bola..Anak tercampak dan mengalami kecederaan parah terutama otaknya.Umurnya panjang!!.Akibatnya faham2 sendirilah.....Siapa yg perlu dipersalahkan takdir atau kecuaian ibubapa itu??

         Macam2 kalau nak cerita tentang kelalaian ibubapa penyebab anak cacat misalnya goncang bayi dlm buaian dgn kuat, suka melambung bayi ,jatuh dari tangga, terlentang dlm bilik air dll...Kalau tak percaya sesekali buatlah kerja amal di PDK dan selami keadaan anak2 ini..Kita tak akan ambil tahu sehingga dikalangan keluarga kita berada di situ termasuk juga aku..Contoh kalau anak aku normal mungkin aku tak ambil kisah pun tentang orang2 OKU ini.. Tapi yg menyedihkan sebahagian dari ibubapa ini sukar menerima anak yg sihat tiba2 cacat dan sering membandingkan dgn anak mrk yg normal....

         Inilah yg terjadi di PDK dulu seorang ibunya tak menghiraukan langsung anaknya ketika menghantar anak ke PDK, muka yg masam ,tidak bertegur sapa, lambaian anaknya tidak diendahkan..Kesian aku melihat anaknya..Nasib baik ayahnya lebih prihatin terhadap anaknya kebetulan hari itu ayahnya tak blh menghantar anaknya ke PDK jadi ibunya terpaksa...Mungkin geli dgn keadaan anak2 di PDK ini kebanyakannya air liur meleleh ,hingus meleleh dan tangan masuk mulut berbau hanyir mcm anak2 aku ni..           

           P/S Hargailah anak anda pastikan anak berada dlm keadaan sihat dan selamat termasuk persekitaran rumah, dapur, bilik air, dlm kereta dsbnya..Cukuplah anak2 aku menjadi penghuni PDK, sedih melihat anak yg lahir normal tiba2 cacat seumur hidup mrk.." MENYESAL DULU PENDAPATAN,MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA"..

SEJUK PERUT IBU YG MENGANDUNGKANNYA
(gambar hiasan dari google image
------------------------------

p/s (tambahan oleh penulis): ini adalah sebahagian dari cerita-cerita yang menjadikan atau menjurus kepada ibubapa/penjaga sebagai ANTARA PUNCA anak-anak menjadi OKU............
kalau nak tengok link ori: http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/2012/03/ibubapa-punca-anak-cacat.html

No comments: