Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, February 8, 2011

Mesir : 8 sukarelawan kita ditahan

Oleh Sazarina Shahrim dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my 2011/02/07

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi taklimat kepada pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir melalui Ops Piramid di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj Jeddah, semalam.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
memberi taklimat kepada pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir
melalui Ops Piramid di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj Jeddah,
semalam.Penunjuk perasaan, pihak berkuasa cuba halang misi hantar makanan

PUTRAJAYA: Lapan rakyat Malaysia termasuk sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia ditahan kumpulan penunjuk perasaan dan pihak berkuasa Mesir kerana didakwa cuba membawa bekalan makanan kepada penunjuk perasaan
 
Kumpulan itu ditahan tiga kali ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Rumah Malaysia Abasiah untuk menghantar bekalan bantuan makanan kepada pelajar Malaysia di situ. Mereka ditahan sekitar jam 2 pagi kelmarin apabila melalui jalan berdekatan istana Presiden Mesir, Hosni Mubarak oleh pihak berkuasa Mesir.


Malah, dalam insiden itu, pihak terbabit cuba merampas bekalan makanan kering seberat 10 tan yang diangkut menggunakan empat lori sewa diiringi teksi dan bas yang membawa lapan sukarelawan Malaysia selain dua rakyat tempatan.

Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan, 26, seorang sukarelawan yang terbabit dalam konvoi itu berkata beliau berasa amat tertekan selepas diperlakukan seperti penjenayah ketika ditahan.

“Seorang daripada kami hanya mahu membuktikan kami adalah sukarelawan daripada Malaysia dengan menunjukkan kad pengenalan kelab tapi seorang lelaki daripada kumpulan itu meludah ke kad itu sambil berkata ‘this is all bullshit’ kerana tidak percayakan kami.

“Ketika itu keadaan sangat emosi, mereka ingat kami cuba memberi makanan kepada kumpulan penunjuk perasaan. Semua barang kami diselongkar dan mereka turut merampas 10 set walkie-talkie yang kami bawa,” katanya ketika dihubungi dari Kaherah, semalam.

Katanya, konvoi itu kemudian ditahan dalam dua sekatan jalan raya lagi dan melalui proses hampir sama sebelum tiba di Dewan Malaysia Abbasiah jam 8 pagi.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Mesir, Abdullah Mat, berkata mereka ditahan kononnya kerana melanggar perintah berkurung dari jam 4 petang hingga 8 pagi.

“Walaupun dengan bantuan Timbalan Menteri Luar (Senator A Kohillan Pillai) dan Duta Malaysia ke Mesir, mereka enggan melepaskan kami. Kami semua ditahan sehingga jam 4 pagi sebelum membenarkan kami meneruskan perjalanan,” katanya.

Pengerusi kelab itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pasukan sukarelawan terpaksa bergerak seawal 2 pagi ketika perintah berkurung masih berkuat kuasa untuk menyediakan makanan kepada warga Malaysia yang masih terkandas di wilayah itu.

“Kita kesal dengan sikap sesetengah pihak mengambil kesempatan terutama mereka bertindak merampas wang dan makanan. Namun, semua ini tidak mematahkan semangat sukarelawan walaupun ada antara kami tidur cuma empat jam sehari untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia dijaga sebelum dihantar pulang,” katanya.

No comments: