Kempen memakai topi keledar kepada pelajar sekolah |
Chow Ling Loong, 63, berkata bagaimanapun dia menyambut baik kempen anjuran JKJR itu kerana ia dapat meningkatkan tahap kesedaran penunggang dan pembonceng motosikal terhadap keselamatan mereka.
“Saya gemar menggunakan topi keledar itu kerana ia lebih ringan dan mudah dimasuki angin berbanding topi keledar baru yang lebih berat.
“Namun, saya berterima kasih kerana masih ada pihak mengambil berat keselamatan golongan seperti kami,” katanya yang ditemui dalam Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bagi Mempromosikan Penggunaan Kenderaan Awam di Kalangan Penunggang Motosikal, di sini, semalam.
Jangan guna topi keledar tanpa lebel dan tiada kelulusan Sirim |
Sementara itu, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh, yang ditemui dalam kempen itu, berkata sehingga kini pihak berkuasa itu berjaya mengedar sebanyak 180,000 topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal menerusi kempen Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan yang dilancar sejak Julai 2008. Katanya, ia membabitkan peruntukan hampir RM4 juta yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) melalui sumbangan pelbagai pihak dalam usaha memupuk kesedaran mengenai kepentingan topi keledar di kalangan golongan penunggang motosikal.
“JKJR akan meneruskan kempen ini kerana ia adalah peringatan kepada penunggang dan pembonceng motosikal mengenai kepentingan topi keledar yang menjadi pelindung kepala dalam usaha mengurangkan kemalangan maut dan kecederaan parah membabitkan golongan itu.
“Malah, melalui satu kajian yang dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) terhadap 2,613 responden, mendapati kempen ini dapat mempengaruhi minda penunggang sebanyak 80 peratus, emosi (70) dan perubahan tingkah laku (40),” katanya pada sidang media kempen berkenaan.
Katanya, kempen yang diadakan melalui kaedah turun padang dan pendedahan media massa itu juga menyaksikan keberkesanan apabila kes kemalangan terutamanya membabitkan kecederaan parah sepanjang Mei hingga Disember tahun lalu mencatatkan penurunan.
Katanya, kempen berkenaan juga akan diteruskan dengan mensasarkan pengedaran 100 topi keledar dalam setiap kempen advokasi bagi memupuk budaya mengutamakan aspek keselamatan di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.
No comments:
Post a Comment