Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, February 9, 2011

Kahwin-Cerai : Trend akhir zaman : Isteri Curang Meningkat

KUALA LUMPUR: Bilangan kes perceraian yang berpunca daripada sikap curang isteri dilihat semakin meningkat di mahkamah syariah, seolah-olah menjadi trend ketika ini.

Peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain (gambar) berkata, golongan isteri yang curang juga dilihat semakin berani hingga ada yang mencabar suami supaya tidak menjadi dayus dan melafazkan saja talak kerana mereka sudah ada lelaki lain.

Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah difailkan oleh isteri atas alasan suami tidak bertanggungjawab, sedangkan daripada pihak pembelaan suami, mereka mengatakan isteri ada hubungan dengan lelaki lain.

“Daripada jumlah kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah, memang ketara trend golongan isteri ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain dan keadaan ini meruntuhkan institusi keluarga.

“Kes perceraian seperti ini dilihat banyak membabitkan golongan wanita yang berada dalam lingkungan 30-an hingga 40-an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zaidi berkata, masalah bermula apabila ada isteri masih mendapat perhatian lelaki lain kerana bentuk tubuh menarik atau menjadi idaman jejaka lain selepas menjalani perubahan dengan mencantikkan diri.

Katanya, kesempatan ini diambil pula oleh wanita yang seolah-oleh gembira masih laku di pasaran seterusnya melayan ‘peminat’ sekadar suka-suka tetapi akhirnya terjebak dalam hubungan cinta.


Beliau berkata, ada pula di kalangan wanita yang memang mahu ‘menguji pasaran’ untuk mengetahui sama ada mereka masih ada daya tarikan dan tidak segan silu melayan lelaki yang tertarik kepadanya disebabkan berasa bangga masih menjadi perhatian biarpun sudah berkahwin dan beranak-pinak.

“Kes isteri ditangkap khalwat memang menjadi-jadi sekarang ini, tetapi ada suami yang sanggup memaafkan isteri dan menerimanya kembali daripada membawa kes ke mahkamah kerana malu dengan perbuatan isteri selain sedar kekurangan dirinya,” katanya.

Zaidi berkata, sikap curang di kalangan isteri boleh berpunca daripada beberapa faktor antaranya suami tidak bertanggungjawab, tidak bersifat penyayang, tidak memuji isteri, tidak memberi perhatian dan tidak membelai isteri, hingga orang lain mengambil kesempatan mengisi kekurangan itu.

Selain itu, beliau berkata, wanita juga memainkan peranan dalam keruntuhan institusi perkahwinan apabila mereka dengan mudah melayan lelaki lain yang terpikat sedangkan sudah mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Beliau merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri yang hanya dikenali sebagai Razif, 47, ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

No comments: