Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, January 28, 2011

Perguna Anak Yatim : MB arah tutup premis pusat transit

Oleh Ziauddin Sharuddin dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi; bhnews@bharian.com.my 2011/01/28

Pelajar tahfiz Kedah diperguna jual barangan di dua negeri

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menutup premis perniagaan di D'Ambang Kota dekat Lukut, Port Dickson, yang dijadikan pusat transit pelajar sebuah tahfiz di Kedah ketika melakukan jualan di negeri ini dan Melaka.

Katanya, ini berikutan premis perniagaan itu melakukan pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT). “Antara kesalahan yang dilakukan, termasuk beroperasi tanpa lesen perniagaan dan membuat pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran,” katanya selepas majlis penyerahan kunci Pusat Saudara Baru di Medan Rahang di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kegiatan menjual pelbagai barangan seperti buku, kalendar dan cakera padat (CD) lagu menggunakan pelajar sebuah tahfiz di Kedah yang menjadikan premis perniagaan itu sebagai pusat transit.

Semalam, Berita Harian melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), MPPD dan polis menyerbu premis perniagaan itu berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan menggunakan kanak-kanak untuk menjual pelbagai barang.

Timbalan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosmawati Shaari pula berkata, usaha untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang dikatakan mengeksploitasi pelajar berkenaan mungkin berdepan kesukaran kerana ada ibu bapa pelajar terbabit sendiri menjadi penyelia aktiviti itu.

p/s; Patut Negeri Selangor dan Kuala Lumpur juga buat perkara yang sama dengan tindakan Kerajaan Negeri Sembilan.

No comments: