Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, January 21, 2011

Kejohanan Special Olympics JKM Selangor ke: 2, 2011

JKM Selangor telah merancang untuk mengadakan Kejohanan Special Olympics ke: 2. 2011 yang akan dijangkakan pada Hujung April atau Mei 2011. Daerah Gombak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu nanti.

Sebanyak 4 jenis sukan telah dirancang iaitu:
  1. Atletik
  2. Bocce
  3. Bowling
  4. Soccer/Futsal
Sebanyak 4 kategori umur akan diperkenalkan iaitu:

  1. 12-15.
  2. 16-21.
  3. 22-29.
  4. 30 keatas.
Atletik akan diadakan di Stadium MPS, Selayang, Bocce akan diadakan di Padang Cangi (Padang Sg Tua), Bowling akan diadakan Wangsa Bowl, Selayang Mall, manakala jika soccer akan diadakan di Stadium MPS, jika futsal akan diadakan di Pusat Futsal Selayang Mall.

Keperluan Pegawai Teknikal pula adalah seperti berikut:

  1. Atletik-75 orang.
  2. Bocce-40 orang.
  3. Bowling-40 orang.
  4. Soccer/futsal-20 orang.
Sebanyak 10 pasukan akan mengambil bahagian termasuk Taman Sinar Harapan. Setiap pasukan boleh menghantar seramai 32 orang peserta dengan maksima 8 orang bagi setiap sukan. Untuk Atletik, Bocce dan Bowling mereka mesti menghantar atlet lelaki dan perempuan yang seimbang iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan. Manakala Soccer/futsal, ianya bergantung kepada keupayaan atlet masing-masing, iaitu mereka boleh mencampurkan pemain lelaki dan perempuan dalam satu pasukan seramai 8 orang pemain.

Setiap pasukan pula boleh menyediakan seramai 8 orang jurulatih dan masing-masing seorang Ketua Kontingen dan seorang Timbalan Ketua Kontingen. Ini akan menjadikan maksima seramai 42 orang dalam setiap Kontingen.

Penganjur juga bercadang untuk menjemput Special Olympics Selangor (SOSgor) untuk turut serta.

No comments: